Rabu, 6 Februari 2013

Hebahan Urusan Temuduga PPPS DG41 IPTA dan IPGM

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah masih memberi peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan beribadah kepadaNya. Entri kali ini sudah semestinya mengenai isu temuduga dan penempata bakal guru yang lahir dari IPTA dan IPGM. 

Untuk makluman, isu ini sememangnya tengah hangat di pasaran. Hal ini kerana isu ini telah berlanjutan sejak sekian lama. Ia tidk pernah susut malah membiak dan membusut. Wahhh...berbunga-bunga kata-kata aku malam ini. 

Berbalik ke tajuk entri saya berkaitan dengan isu temuduga dan penempatan bakal guru yang lahir dari IPTA dan IPGM. Baru-baru ini (5/2/2013, Rabu) Timbalan Menteri Pelajaran 1 Yb Ir. Dr Wee Ka Siong telah memaklumkan melalui akaun twitternye bahawa temuduga bagi IPTA dan IPGM yang telah tamah selepas Jun 2012 akan melalui temuduga bermula 19hb Februari hingga 27 Mac 2013. Berikut kenyataan yang telah di print screen oleh saya sendiri melalui akaun twitter Dr Wee Ka Siong yang bertarikh 5/2/2013, Rabu. 


Syukur Alhamdulillah...Allah telah memakbulkan doa ISMPian untuk menuntut penempatan di sekolah. Pada ke esokan harinya iaitu 6/2/2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah membuat hebahab urusan temuduga ISMP dan IPTA yang akan bermula 19 Feb hingga 27 Mac 2013.

Hebahan urusan temuduga untuk graduan yang tamat selepas Jun 2012 - IPTA & IPGM. Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. 

Dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 400 atau lebih nama telah tercicir. Namun begitu, kesahihan berita ini masih dalam penyiasatan saya. Hal ini kerna saya telah menghantar email ke SPP melalui iTanya@SPP untuk mendapat pencerahan dari pihak mereka. Di harap tiada nama ISMP yang tercicir dan dengan penuh harapan agar kami sama-sama ditemuduga dan diberi penempatan untuk semua... In Shaa Allah...Tuntutan temuduga sudah mendapat feedback dari KPM dan SPP. Kini tiba masanya kami study bagi menghadapi temuduga yang akan berjalan sedikit masa lagi. Syukur... Sama-sama berdoa agar Allah permudahkan segala urusan temuduga dan penempatan ISMP...Aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan