Sabtu, 2 Mac 2013

Ku Bersyukur Pada Mu Ya Allah

As Salam seluruh warga bumi Allah yang tercinta... Semoga baik dan sihat hendaknya. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menghirup udara segar, mendengar kicauan burung-burung, unggas yang berkeliaran di seluruh pelusuk bumi ini. Alhamdulillah...

Sesungguhnya rezeki Allah itu pasti ada. Cepat atau lambat itu lain kira. Kita seharusnya yakin bahawa Allah pasti memberi rezeki yang lebih baik untuk kita. 

Setahun satu bulan aku sudah menganggur. Aku menganggur bukan kerana tiada rezeki untuk aku. Aku yakin bahawa Allah telah membuat perancangan yang lebih baik untuk aku dan rakan-rakan ISMP ku yang lain. Sering kita mendengar ungkapan ini "Allah adalah sebaik-baik perancang". Wamakaru wamakarullah wollahu khoirol ma kiriin...

Aku bersyukur kerana bulan februari 2013 memberi makna yang indah buat ku. Rezeki temuduga setelah sekian lama menunggu tanggal 22 Mac 2013 aku akan ditemuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.

Selain itu, aku juga dilantik untuk menjadi Guru Interim yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aku sepatutnya ditempatkan di sekolah pada 1 Mac 2013 Jumaat (semalam). Namun, akibat sektor menengah yang belum mengeluarkan nama sekolah untuk penempatan saya, maka Isnin ini baru aku mengetahui tempat baru untuk ku bertugas untuk mendidik anak bangsa agar menjadi orang yang berguna suatu masa nanti 

Oleh itu, besarlah harapan aku untuk melihat kejayaan anak-anak didik ku nanti berjaya seperti ku jua. Pemud harapan bangsa pemudi tiang negara. Mereka inilah yang akan meningkatkan produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan dalam abad ke-21... In Shaa Allah. 

Selasa, 19 Februari 2013

Semakan Jadual Temuduga Bagi Jawatan PPPS DG41

As Salam dan Salam 1 Malaysia. Penantian hampir setahun graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan PISMP yang bergraduat pada tahun 2012 apabila urusan temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswaza DG41 bagi calon Ijazah Pendidikan IPTA dan IPG akan bermula 19 Feb hingga 27 Mac 2013. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) senarai nama boleh disemak bermula 15 Feb 2013. Semak jadual temuduga anda di sini.

Menurut SPP juga, seramai 5033 calon akan dipanggil untuk ditemuduga, manakala seramai 2791 calon akan melalui Panggilan Khas oleh pihak SPP. Semakan nama akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan, Sabah dan Sarawak. 

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT dan berusaha agar dipermudahkan segala urusan temuduga dan penempatan kita sebagai bakal guru. Semoga Berjaya untuk semua...

Rabu, 6 Februari 2013

Hebahan Urusan Temuduga PPPS DG41 IPTA dan IPGM

Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah masih memberi peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan beribadah kepadaNya. Entri kali ini sudah semestinya mengenai isu temuduga dan penempata bakal guru yang lahir dari IPTA dan IPGM. 

Untuk makluman, isu ini sememangnya tengah hangat di pasaran. Hal ini kerana isu ini telah berlanjutan sejak sekian lama. Ia tidk pernah susut malah membiak dan membusut. Wahhh...berbunga-bunga kata-kata aku malam ini. 

Berbalik ke tajuk entri saya berkaitan dengan isu temuduga dan penempatan bakal guru yang lahir dari IPTA dan IPGM. Baru-baru ini (5/2/2013, Rabu) Timbalan Menteri Pelajaran 1 Yb Ir. Dr Wee Ka Siong telah memaklumkan melalui akaun twitternye bahawa temuduga bagi IPTA dan IPGM yang telah tamah selepas Jun 2012 akan melalui temuduga bermula 19hb Februari hingga 27 Mac 2013. Berikut kenyataan yang telah di print screen oleh saya sendiri melalui akaun twitter Dr Wee Ka Siong yang bertarikh 5/2/2013, Rabu. 


Syukur Alhamdulillah...Allah telah memakbulkan doa ISMPian untuk menuntut penempatan di sekolah. Pada ke esokan harinya iaitu 6/2/2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah membuat hebahab urusan temuduga ISMP dan IPTA yang akan bermula 19 Feb hingga 27 Mac 2013.

Hebahan urusan temuduga untuk graduan yang tamat selepas Jun 2012 - IPTA & IPGM. Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. 

Dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 400 atau lebih nama telah tercicir. Namun begitu, kesahihan berita ini masih dalam penyiasatan saya. Hal ini kerna saya telah menghantar email ke SPP melalui iTanya@SPP untuk mendapat pencerahan dari pihak mereka. Di harap tiada nama ISMP yang tercicir dan dengan penuh harapan agar kami sama-sama ditemuduga dan diberi penempatan untuk semua... In Shaa Allah...Tuntutan temuduga sudah mendapat feedback dari KPM dan SPP. Kini tiba masanya kami study bagi menghadapi temuduga yang akan berjalan sedikit masa lagi. Syukur... Sama-sama berdoa agar Allah permudahkan segala urusan temuduga dan penempatan ISMP...Aminnn

Selasa, 29 Januari 2013

Kereta Idamanku dan bukan idamanmu

As salam dan salam 1 Malaysia...wah cantiknye entry malam ni "Kereta Idamanku dan Bukan Idamanmu". Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri. Bercerita pasal kereta idaman, sudah pastinya semua orang ingin memiliki kereta idaman tersendiri. Tapi kalau nak beli kereta biarlah padan dengan diri. Maksudnya disini kalau beli kereta "Ukur Baju di Badan Sendiri" jangan main beli saje. Saya sendiri pun tidak terlalu tahu mengenai kereta cuma saya ni suka sangat memandu dan travel. So... no wonder la sekiranya saya minat kereta sebab saya suka memandu dan berjalan-jalan ditempat yang saya suka.

Nak tahu kereta idamanku? Dulu masa zaman sekolah saya ni minat ngan Honda dan Toyota. Tapi sepupu dah ada Honda City dan Toyota Vios. Jadi untuk menampakkan kelainan dan saya tukar citarasa nak pilih kereta kelaran Nissan. Nissn pada tahun lepas (2012) telah melancarkan sebuah model kereta baru bagi segmen B. Namanya seakan-akan nama perempuan tapi tidak menjadi masalah sebab kalau dah minat ngan kereta tu remabt je la kan..."Duit aku...aku yang bayar...suka hati aku la nak beli kereta yang aku minat kan".  

Nissan Almera merupakan sebuah kereta yang menjadi idamanku kini. Ramai masyarakat diluar sana mengkritik kereta keluaran Nissan yang terbaru ini. Tapi bagi saya ia bukanlah menjadi suatu masalah bagi pengemar kereta Nissan seperti saya. 

Nissan Almera 

Edaran Tan chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan Almera (Klik disini) sebagai penganti kepada Nissan Sunny yang begitu popular di Malaysia suatu ketika dahulu. Nissan Almera 1.5 boleh didapati dengan beberapa variasi. Antaranya ialah ... *Gred E 1.5 M/T RM66,800 dan 1.5 A/T RM69800. Manakala Gred V 1.5 A/T dengan harga RM76,800 dan Gred VL 1.5 A/T RM79,800. 

Namun begitu, untuk mendapatkan Almera yang lebih sporty pelanggan boleh menggunakan aksesori sport dari IMPUL Motor Racing Development (Klik disni) dengan penambahan harga sebanyak RM9500. 

 Almera dengan talaan IMPUL

Nampak Sporty kan 

Bagi saya, saya lebih memilih suka memilih Nissan Almera Gred VL 1.5A/T dengan talaan IMPUL sebab menggunakan keyless dan aksesori lain di dalamnya. Ruang bagi kereta ini sangat luas walau pun dashbord nampak kosong. Dengan talaan IMPUL ianya lebih menarik setelah di make up. Kereta pilihanku dan bukan pilihanmu ialah Nissan Almera Gred VL dengan talaan IMPUL warna putih sebab putih nampak lebih menawan. 

Kereta idamanku bukan idamanmu Nissan Almera IMPUL

*Harga semenanjung Malaysia

Penangkapan Buaya Bujang Selang

Hari ini penduduk di kawasan Telaga Air, Kuching digemparkan dengan penangkapan buaya yang dikenali sebagai Bujang Selang. Buaya Bujang Selang merupakan gelaran yang diberi oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. 

Menurut sumber berat reptilia tersebut dianggarkan seberat 629kg berbanding berat asal iaitu 300kg dan panjang reptilia tersebut ialah lima meter. Penangkapan Bujang Selang (lihat disini) mengambil masa selama 3 jam. Hal ini kerana faktor berat reptilia tersebut menyukarkan pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak dan penduduk tempatan mengangkatnya ke tebing untuk dibawa ke Pusat Hidupan Liar Matang yang terletak 8km dari tempat penangkapan reptilia tersebut. 

Jika sebelum ini Sarawak digemparkan dengan serangan buaya ganas di Sungai Seblak, Roban yang menyerang Siah Munsong pada tahun lepas. Menurut suami mangsa, buaya yang membahan isterinya dikenali sebagai Buaya Bujang Seblak sempena nama sungai dan kawasan yang berlaku. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Bak kata pepatah "Malang Tidak Berbau". Suka saya mengingatkan diri saya dan juga pembaca sekalian khususnya kaki pancing, anda harus berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri buayaaaaaaa...


Isnin, 28 Januari 2013

Maklum Balas iTanya oleh SPP

As salam dan Salam 1 Malaysia...Pada minggu lepas saya telah menghantar satu pertanyaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) berkaitan dengan tarikh temuduga bagi calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (PPPS DG41). 

Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah memberi sedikit sinar berkaitan dengan temuduga ISMP. Untuk makluman, antara pertanyaan yang saya hantar ke pihak SPP ialah 

"Tarikh: 22.01.2013
Status: Selesai
Tajuk: PERTANYAAN MENGENAI TEMUDUGA JAWATAN PPPSDG41 ISMP
AS SALAM DAN SALAM SEJAHTERA...KAMI DIMAKLUMKAN OLEH YB DR WEE KA SIONG MENGATAKAN BAHAWA PADA 21 JANUARI 2013 SPP MENGADAKAN MESYUARAT UNTUK MENENTUKAN TARIK TRMUDUGA JAWATAN UNTUK CALON ISMP DAN PISMP BAGI JAWATAN PPPS DG41. SAYA INGIN BERTANYA BILAKAH TARIKH TEMUDUGA DAN PENEMPATAN UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41 UNTUK PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN IPTA? UNTUK MAKLUMAN SAYA ADA MENGISI JAWATAN PPPS DG41 PADA NOVEMBER 2012 SEPERTI YG DIARAHKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). BESARLAH HARAPAN SAYA SEKIRANYA ADA MAKLUMBALAS DARI SPP. SEKIAN."

Maklum balas berkaitan dengan pertanyaan di atas oleh SPP ialah 

"Jawapan
Selamat pagi dan salam sejahtera,

Encik Azmil bin Joni,

Terima kasih di atas pertanyaan tuan. Untuk makluman tuan, SPP Putrajaya sedang dalam proses untuk mengatur jadual temu duga yang dimaksudkan. Tuan adalah dinasihatkan untuk menyemak panggilan temu duga atau perkembangan muktahir di portal / laman sesawang Suruhanjaya ini untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai temu duga tersebut. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Pengambilan Guru, SPP Putrajaya untuk menyemak status panggilan temu duga tuan.

Walau bagaimanapun, untuk makluman tuan, Suruhanjaya tidak bertanggungjawab mengeluarkan arahan penempatan bagi semua calon PPP. Sekiranya tuan berjaya di dalam temu duga, penempatan akan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
URus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 4, Wisma Satria BDC
Lorong B, Jalan Stutong
93350 KUCHING.
No Tel : 082-458958/458955
No Faks : 082-459225"

Segala maklum balas telah menunjukkan sesuatu yang positif bahawa sedikit masa lagi calon ISMP akan ditemuduga. Mengimbas kembali makluman dari Dr Wee Ka Siong melalui akaun twiternya bahawa temuduga akan dilakukan selepas Tahun Baru Cina dan nama calon temuduga akan dikeluarkan oleh pihak SPP pada awal Februari. Akhir kata marilah sama kita berdoa dan berusaha agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah SWT memberi fahaman para malaikat dan hafalan para nabi kepada kita... In Shaa Allah... Jom Study...

Sabtu, 26 Januari 2013

600 Guru Baru di Sarawak Menjelang Bulan Depan


KUCHING: Penempatan kira-kira 600 guru baru di Sarawak menjelang bulan depan atau Mac dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan guru terutama di luar bandar, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Datuk Fatimah Abdullah. 

Beliau berkata, guru-guru ini akan ditempatkan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang mengalami kekurangan guru terutama guru agama dan bahasa Melayu. "Kita berkongsi keprihatinan rakyat dan akan memastikan kemudahan pengajaran, sumber manusia dan infrastruktur dinikmati oleh anak-anak kita di Sarawak sama seperti kanak-kanak lain di negara ini," katanya ketika menghadiri taklimat Pengarah Pelajaran Negeri, Abdillah Adam di sini, hari ini. 


“Kini terdapat 364 kekosongan dari kuota 14,327 yang perlu diisi di Sekolah Menengah, 354 kekosongan di Sekolah Kebangsaan daripada 20,002 kuota sementara Sekolah Jenis Kebangsaan mempunyai 64 kekosongan daripada 5,111 kuota,” katanya. 

Data jabatan berkenaan turut menunjukkan sejumlah 4,117 guru kelahiran Sarawak berkhidmat di luar Sarawak termasuk 879 di Sabah, 821 di Selangor, 638 di Johor dan 292 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober tahun lalu. 

Mengenai penutupan sekolah yang terdapat sebilangan kecil pelajar, Fatimah berkata, kini terdapat 600 sekolah yang mempunyai pelajar kurang dari 150 orang di seluruh Sarawak, tetapi pihak berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran perlu terlebih dulu berbincang dengan masyarakat setempat sebelum keputusan dibuat untuk menutup sekolah berkenaan atau menempatkan pelajar di sekolah lain. 

Beliau berkata, beberapa isu seperti keadaan sekolah berasrama di luar bandar yang yang uzur dan kekurangan kemudahan infrastruktur akan dibangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ketika melawat Sarawak minggu depan. - BERNAMA
Sumber dan artikel asal:Berita Harian (23/1/2013)

Salam Maulidur Rasul 1434H

AS SALAM DAN SALAM 1 MALAYSIA...BELUM TERLAMBAT LAGI AKU UNTUK MENGUCAPKAN SALAM MAULIDUR RASUL 1434H DAN SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD S.A.W. WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH. 


MARILAH SAMA-SAMA KITA SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD S.A.W. 


Menunggu Detik Itu ... POSTING

AS SALAM DAN SALAM 1 MALAYSIA... SEMALAM AKU DAN KAWAN-KAWANKU MENERIMA TWEET MAKLUM BALAS DARI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN YB DR. Ir WEE KA SIONG. NAK TAHU MAKLUMAN APA? SUDAH TENTU MAKLUMAN TENTANG TEMUDUGA KAMI CALON IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) SEBAGAI BAKAL GURU.

MENURUT KENYATAAN DR WEE KA SIONG MELALUI AKAUN TWITERNYE GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AKAN DITEMUDUGA PADA PERTENGAHAN BULAN FEB 2013 IAITU SELEPAS TAHUN BARU CINA. PENANTIAN GRADUAN ISMP SELAMA SETAHUN TELAH MEMBUAHKAN HASIL. 



PERANAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH SEMUA BAKAL GURU DARI ISMP TELAH MENDAPAT MAKLUM BALAS YANG POSITIF. UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH LIHAT DISNI . PENANTIAN YANG BEGITU LAMA AKHIRNYA SUDAH TIBA. POSTING TETAP POSTING...TUNAIKAN JANJI POSTING KAMI SEPERTI YANG DIUNGKAPKAN...TERIMA KASIH KERAJAAN.

MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR. YA ALLAH YA TUHAN KAMI...ENGKAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN TEMUDUGA DAN PENEMPATAN KAMI SEBAGAI BAKAL GURU...KURNIAKANLAH KAMI FAHAMAN PARA MALAIKAT DAN HAFALAN PARA NABI...AMINNNN...SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR. JOM STUDY...

Kini Aku Kembali...2013

AS SALAM DAN SALAM 1 MALAYSIA...KINI AKU SUDAH KEMBALI. BLOG YANG AKU TINGGALKAN SUDAH BERHABUK HUKHUKHUK (SAMBIL BATUK). KENA KEMAS, KENA TACAP BAGI CANTIK SIKIT HEHEHE... SYUKUR ALHAMDULILLAH AKU MASIH DI SINI...MASIH MAMPU BERNAFAS SEPERTI SEDIA KALA...SYUKUR ALHAMDULILLAH THANKS YOU ALLAH. 

KINI SUDAH TAHUN BRU TAHUN 2013. INGIN AKU MENGIMBAS KEMBALI PERMULAAN BLOG MASAM-MASAM MANIS INI. BLOG AKU INI MULA DILAHIRKAN PADA MAC 2011...KINI SUDAH 2 TAHUN BERLALU KINI AKU KEMBALI MENGAKTIFKAN DIRI UNTUK  MENULIS APA SAHAJA YANG AKU SUKA HEHEHE...

OK... SETAKAT INI SAHAJA DULU YE...SEBENARNYA INI HANYALAH SUATU PERMULAAN SAHAJA...NANTIKAN POSTING YANG SETERUSNYA... (^J^)