Selasa, 19 Februari 2013

Semakan Jadual Temuduga Bagi Jawatan PPPS DG41

As Salam dan Salam 1 Malaysia. Penantian hampir setahun graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan PISMP yang bergraduat pada tahun 2012 apabila urusan temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswaza DG41 bagi calon Ijazah Pendidikan IPTA dan IPG akan bermula 19 Feb hingga 27 Mac 2013. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) senarai nama boleh disemak bermula 15 Feb 2013. Semak jadual temuduga anda di sini.

Menurut SPP juga, seramai 5033 calon akan dipanggil untuk ditemuduga, manakala seramai 2791 calon akan melalui Panggilan Khas oleh pihak SPP. Semakan nama akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan, Sabah dan Sarawak. 

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT dan berusaha agar dipermudahkan segala urusan temuduga dan penempatan kita sebagai bakal guru. Semoga Berjaya untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan