Selasa, 29 Januari 2013

Penangkapan Buaya Bujang Selang

Hari ini penduduk di kawasan Telaga Air, Kuching digemparkan dengan penangkapan buaya yang dikenali sebagai Bujang Selang. Buaya Bujang Selang merupakan gelaran yang diberi oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. 

Menurut sumber berat reptilia tersebut dianggarkan seberat 629kg berbanding berat asal iaitu 300kg dan panjang reptilia tersebut ialah lima meter. Penangkapan Bujang Selang (lihat disini) mengambil masa selama 3 jam. Hal ini kerana faktor berat reptilia tersebut menyukarkan pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak dan penduduk tempatan mengangkatnya ke tebing untuk dibawa ke Pusat Hidupan Liar Matang yang terletak 8km dari tempat penangkapan reptilia tersebut. 

Jika sebelum ini Sarawak digemparkan dengan serangan buaya ganas di Sungai Seblak, Roban yang menyerang Siah Munsong pada tahun lepas. Menurut suami mangsa, buaya yang membahan isterinya dikenali sebagai Buaya Bujang Seblak sempena nama sungai dan kawasan yang berlaku. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Bak kata pepatah "Malang Tidak Berbau". Suka saya mengingatkan diri saya dan juga pembaca sekalian khususnya kaki pancing, anda harus berwaspada dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri buayaaaaaaa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan