Selasa, 29 Januari 2013

Kereta Idamanku dan bukan idamanmu

As salam dan salam 1 Malaysia...wah cantiknye entry malam ni "Kereta Idamanku dan Bukan Idamanmu". Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri. Bercerita pasal kereta idaman, sudah pastinya semua orang ingin memiliki kereta idaman tersendiri. Tapi kalau nak beli kereta biarlah padan dengan diri. Maksudnya disini kalau beli kereta "Ukur Baju di Badan Sendiri" jangan main beli saje. Saya sendiri pun tidak terlalu tahu mengenai kereta cuma saya ni suka sangat memandu dan travel. So... no wonder la sekiranya saya minat kereta sebab saya suka memandu dan berjalan-jalan ditempat yang saya suka.

Nak tahu kereta idamanku? Dulu masa zaman sekolah saya ni minat ngan Honda dan Toyota. Tapi sepupu dah ada Honda City dan Toyota Vios. Jadi untuk menampakkan kelainan dan saya tukar citarasa nak pilih kereta kelaran Nissan. Nissn pada tahun lepas (2012) telah melancarkan sebuah model kereta baru bagi segmen B. Namanya seakan-akan nama perempuan tapi tidak menjadi masalah sebab kalau dah minat ngan kereta tu remabt je la kan..."Duit aku...aku yang bayar...suka hati aku la nak beli kereta yang aku minat kan".  

Nissan Almera merupakan sebuah kereta yang menjadi idamanku kini. Ramai masyarakat diluar sana mengkritik kereta keluaran Nissan yang terbaru ini. Tapi bagi saya ia bukanlah menjadi suatu masalah bagi pengemar kereta Nissan seperti saya. 

Nissan Almera 

Edaran Tan chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan Almera (Klik disini) sebagai penganti kepada Nissan Sunny yang begitu popular di Malaysia suatu ketika dahulu. Nissan Almera 1.5 boleh didapati dengan beberapa variasi. Antaranya ialah ... *Gred E 1.5 M/T RM66,800 dan 1.5 A/T RM69800. Manakala Gred V 1.5 A/T dengan harga RM76,800 dan Gred VL 1.5 A/T RM79,800. 

Namun begitu, untuk mendapatkan Almera yang lebih sporty pelanggan boleh menggunakan aksesori sport dari IMPUL Motor Racing Development (Klik disni) dengan penambahan harga sebanyak RM9500. 

 Almera dengan talaan IMPUL

Nampak Sporty kan 

Bagi saya, saya lebih memilih suka memilih Nissan Almera Gred VL 1.5A/T dengan talaan IMPUL sebab menggunakan keyless dan aksesori lain di dalamnya. Ruang bagi kereta ini sangat luas walau pun dashbord nampak kosong. Dengan talaan IMPUL ianya lebih menarik setelah di make up. Kereta pilihanku dan bukan pilihanmu ialah Nissan Almera Gred VL dengan talaan IMPUL warna putih sebab putih nampak lebih menawan. 

Kereta idamanku bukan idamanmu Nissan Almera IMPUL

*Harga semenanjung Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan