Sabtu, 2 Mac 2013

Ku Bersyukur Pada Mu Ya Allah

As Salam seluruh warga bumi Allah yang tercinta... Semoga baik dan sihat hendaknya. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk menghirup udara segar, mendengar kicauan burung-burung, unggas yang berkeliaran di seluruh pelusuk bumi ini. Alhamdulillah...

Sesungguhnya rezeki Allah itu pasti ada. Cepat atau lambat itu lain kira. Kita seharusnya yakin bahawa Allah pasti memberi rezeki yang lebih baik untuk kita. 

Setahun satu bulan aku sudah menganggur. Aku menganggur bukan kerana tiada rezeki untuk aku. Aku yakin bahawa Allah telah membuat perancangan yang lebih baik untuk aku dan rakan-rakan ISMP ku yang lain. Sering kita mendengar ungkapan ini "Allah adalah sebaik-baik perancang". Wamakaru wamakarullah wollahu khoirol ma kiriin...

Aku bersyukur kerana bulan februari 2013 memberi makna yang indah buat ku. Rezeki temuduga setelah sekian lama menunggu tanggal 22 Mac 2013 aku akan ditemuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.

Selain itu, aku juga dilantik untuk menjadi Guru Interim yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aku sepatutnya ditempatkan di sekolah pada 1 Mac 2013 Jumaat (semalam). Namun, akibat sektor menengah yang belum mengeluarkan nama sekolah untuk penempatan saya, maka Isnin ini baru aku mengetahui tempat baru untuk ku bertugas untuk mendidik anak bangsa agar menjadi orang yang berguna suatu masa nanti 

Oleh itu, besarlah harapan aku untuk melihat kejayaan anak-anak didik ku nanti berjaya seperti ku jua. Pemud harapan bangsa pemudi tiang negara. Mereka inilah yang akan meningkatkan produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan dalam abad ke-21... In Shaa Allah.