Ahad, 27 Mac 2011

Laporan Field Trip ---> Pangkor Island

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...coretan tuk hari ini nak mulakan dengan ucapan syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kajian lapangan untuk kertas Metodologi Kajian Geografi telah selesai dengan jayanya. Untuk pengetahuan kawan-kawan samua, kami sangat seronok di sana. Sebenarnya, banyak benda nak diceritakan untuk dikongsi bersama-sama dengan kawan-kawan semua. Program kami ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi pada hari Sabtu. Tarikh dan hari ini kami bertolak dari kampus utama UPSI. Alhamdulillah...perjalanan kami ke Pulau Pangkor berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Sepanjang perjalanan, banyak gerai buah-buahan berderet di tepi jalan. Kesemua gerai menjual buah durian...telan air liu dibuatnya. Maklum la...sekarang kan musim buah durian kat Perak ni, jadi tidak hairanlah sekiranya kedai-kedai di tepi jalan itu menjual buah durian. Sebelum kami sampai di Pulau Pangkor, kami singgah sebentar di Bidor...berhenti rehat dan bersarapan pagi. Selepas itu, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor, dan sampai di jeti Lumut pada jam 12.00 tengah hari. Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri...ini merupakan kali kedua saya ke Pulau Pangkor. Jadi rasa teruja dalam diri ini tidak lah seperti pergi buat kali pertamanya hehehehehe...

Seterusnya, kami tiba di Jeti Pulau Pangkor pada jam 12.30 tengah hari, dan terus ke penginapan. Alhamdulillah...penginapan kami ini tidak lah mewah sangat tapi apa yang penting tempat tidur dan makan itu yang lebih penting. Sebelum kami bergerak untuk mengedar borang soal selidik di sebelah petangnya, kami berahat di bilik. Jam 2.00 petang baru kami gerak ke sekitar Pulau Pangkor untuk mengedar borang soal selidik. Alhamdulillah...semua brang soal selidik telah diedarkan semuanya, dan apa yang boleh saya katakan adalah semua responden telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang borang soal selidik ini diedarkan. Habis sahaja borang soal selidik diedarkan, kami pergi jalan-jalan naik boat pergi ke pulau-pulau yang berdekatan dengan bayaran RM 90.00 satu boat yang beoleh memuatkan 11 orang kami. Ini merupakan pengalaman kali kedua saya naik boat di Pulau Pangkor...memang best...TAPI haaaaa...ni nak cerita peristiwa lucu ni...masa kami jalan-jalan ke pulau-pulau tu ombak sangat kuat sehinggakan boat yang kami naik tu tak dapat menghampiri pantai. Oleh hal itu, pemandu boat yang bawa kami pergi berjalan-jalan tadi tu terpaksa memanggil kawan dia untuk ambik kami dan dibawa ke tepi pantai. Masa itu, boat cuma ada dua buah sahaja, tapi kami ada 11 orang. Jadi, kami terpaksa bergilir-gilir untuk ke tepi pantai. Apabila 6 orang dah naik, tinggal 5 orang lagi kami termasuk saya. Oleh itu, saya dan kawan saya ni naik sebuah boat, dan 3 orang lagi kawan saya naik boat yang satu lagi. Nak dijadikan cerita, semasa kami nak sampai kat tepi pantai, pemandu boat tu memandu dengan lajunya sehinggakan saya dan kawan saya ni tersembam dalam boat. Adoiiiii...sakitnye...nak marah pun ada...nak ketawa pun ada...tapi nasib baik tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma tangan saya cedera sikit...bila di ingat kembali...memang lawak...

Sebelah malamnya pulak, kami membuat aktiviti bebas. So, kami pergi berjalan-jalan di tepi pantai. Sememangnya, suasana malam di tepi pantai sungguh nyaman dengan deruam ombaknya, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, dengan bunyi orang berkaraoke, dan banyak lagi. Sebelum itu, kami pergi berjalan-jalan beli  makanan sebagai bekalan di tengah malam hehehehehe...jangan marahhhhhhh...penting ni takut malam-malam kelaparan. Selepas beli makanan,beli keychain...kami pergi ke pantai...wahhhhh...saungguh nyaman di tepi pantai...Lebih kurang jam 10.00 malam kami balik ke chalet untuk tidur time.

Esoknya pulak, mandi, solat subuh, dan turun untuk sarapan pagi. Sarapan dengan roti, air milo, dan Mee Hon. Roti sapu dengan jam memang best masa lapar-lapar. Selepas sarapan, kami pergi ke pantai nak main-main air kat pantai. Tapi kami dilarang untuk menghampiri pantai sebab ombak menganas. Tadi, kawan ada cerita ada seorang budak tengah duduk kat tepi pantai telah dibawa hanyut ombak., dan hampir nak lemas. Syukur Alhamdulillah...budak tu terselamat. Ombak pagi tadi memang besar, dan kuat...jadi hajat kami untuk main air di tepi pantai batal secara automatik...hihihihi...

Kira-kira jam 11.30 pagi, kami check out...dan pergi berjalan-jalan di sekitar Pulau Pangkor. Memang best pergi berjalan-jalan. Kami ada singgah dekat kota Belanda, kilang satey ikan, dan macam-macam lagi la...yang penting ada beli satey ikan yang sangat sedap hehehehe...jangan jelous. Cuaca kat Pulau Pangkor sangat panas...mungkin disebabkan berdekatan dengan pantai jadi bahang kepanasan itu terasa. Tepat jam 2.30 petang, rombongan kami bertolak balik ke Jeti Lumut, dan sampai sahaja di sana kami terkial-kial mencari kedai makan sebab kelaparan. Semua kedai yang kami cari semua makanannya dah habis, tapi nasib baik ada jumpa sebuah kedai makan yang ada lagi makanannye, itu pun terpaksa tunggu lama sebab banyak sangat yang order makanan, dan ditambah pula dengan kaki tangan kedai yang tidak mencukupi. Terpaksa la kami menunggu lama dalam setengah jam. Perut dah lapar, semua kedai makan dah tutup...nak tak nak kena tunggu hahahaha...Selesai sahaja makan terus berkumpul semula di jeti lumut, dan bertolak balik ke UPSI. Sampai di UPSI pada jam 8.00 malam. Sangat penat tapi walaupun penat ia menyeronokan. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kita untuk berseronok, hilangkan sebentar tekanan assigment yang melambak-lambak yang kena hantar pada minggu ke-12 dan minggu ke-13. Walaubagaimanapun, sema pengalaman ini akan tersemat di dalam sanubari ini dan akan diingat sampai bila-bila. Ok la setakat ini sahaja dulu...esok kita sambung lagi...daaaaaaa Salam...

1 ulasan: