Rabu, 30 Mac 2011

Kolej kediaman oh kolej kediaman...di mana kami semester 8???di mana anda semester 8???

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...hari ini nak cerita banyak benda. Pertama nak cerita pasal duduk kolej untuk semester 8. Panas betul cerita ni dalam kalnagan pelajar UPSI sekarang. Dengar cerita nama yang duduk kolej untuk semester 8 dah keluar. Memang dah keluar pun...dan ramai yang dah kena buang sebab UPSI semester 8 nak ambil pelajar baru. Dengar cerita nak ambil 4000 orang...wahhh...ramainya. Jadi, nak dijadikan cerita, ramai yang dah kena buang sekarang ni termasuk saya...adoiiiiii. Nak cari rumah sewa la selepas ni yer...Dulu semasa taklimat bermasa Dato VC, dia kata nak reserve untuk pelajar semester 8 dan pelajar semester baru akan datang. Tapi masalahnya sekarang, kami yang semester 8 akan datang ni bulan september pun tidak terjamin untuk duduk kolej. Alahai...apa lah nasib budak-budak semester 8 sekarang ni. 

Bercerita pasal kena buang kolej ni, kami ni terkial-kial cari rumah sewa. Banyak masalah yang kami hadapi sekarang ini. Bila dah ramai yang kena buang, banyak rumah sewa dah penuh. Selepas itu, bilah dah penuh kami ni nak duduk kat mana...???sapa nak jawab ni...bila dah tidak ada rumah sewa, buat rumah setinggan la alamatnya...hahahaha...opppssss...mana boleh bina rumah setinggan, nanti tidak pasal-pasal kena halau oleh Majlis Daerah Tanjong Malim. Dalam masa ini juga, bila dah terdesak dengan rumah sewa, tuan rumah dengan senang hati naikkan harga rumah...ni apa kes...???nak ambil kesempatan betul la dia orang ni. Iskkk3...kesian dengan budak UPSI yang kena buang tu...termasuk saya...emmm...tidak mengapa la, Insya-Allah...Allah akan bersama dengan kita.

Hah...ni nak cerita satu lagi, petang tadi saya buat makro teaching. Fuhhh...berdebar...rasa nak terkencing pun ada hehehehehe...tapi nasib baik la tidak terkencing. Dup..dap...dup...dap...bunyi jantung. Memang takut...ni bukan takut apa, makro ni merupakan sebahagian perkara wajib bagi pelajar UPSI sebelum masuk kesekolah. Jadi, ini juga merupakan markah untuk kami lulus subjek ini. Jadi, nak tak nak kami kena buat yang terbaik, dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah...walaupun berdebar-debar, rasa kurang yakin dalam diri, peluh membasahi badan walaupun mengajar dalam bilik yang beraircond...rasa takut tetap ada. Syukur kepada Allah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun tidak semua, tapi grad yang saya dapat sangat mengembirakan hati saya. Selepas ini, saya akan membuat persediaan dengan  rapi, dan akan melakukan yang terbaik...Insya-Allah...Ok la...setakat ni dulu untuk hari ini yerkk...jumpa esok hari...salam...

Ahad, 27 Mac 2011

Laporan Field Trip ---> Pangkor Island

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...coretan tuk hari ini nak mulakan dengan ucapan syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, kajian lapangan untuk kertas Metodologi Kajian Geografi telah selesai dengan jayanya. Untuk pengetahuan kawan-kawan samua, kami sangat seronok di sana. Sebenarnya, banyak benda nak diceritakan untuk dikongsi bersama-sama dengan kawan-kawan semua. Program kami ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi pada hari Sabtu. Tarikh dan hari ini kami bertolak dari kampus utama UPSI. Alhamdulillah...perjalanan kami ke Pulau Pangkor berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Sepanjang perjalanan, banyak gerai buah-buahan berderet di tepi jalan. Kesemua gerai menjual buah durian...telan air liu dibuatnya. Maklum la...sekarang kan musim buah durian kat Perak ni, jadi tidak hairanlah sekiranya kedai-kedai di tepi jalan itu menjual buah durian. Sebelum kami sampai di Pulau Pangkor, kami singgah sebentar di Bidor...berhenti rehat dan bersarapan pagi. Selepas itu, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor, dan sampai di jeti Lumut pada jam 12.00 tengah hari. Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri...ini merupakan kali kedua saya ke Pulau Pangkor. Jadi rasa teruja dalam diri ini tidak lah seperti pergi buat kali pertamanya hehehehehe...

Seterusnya, kami tiba di Jeti Pulau Pangkor pada jam 12.30 tengah hari, dan terus ke penginapan. Alhamdulillah...penginapan kami ini tidak lah mewah sangat tapi apa yang penting tempat tidur dan makan itu yang lebih penting. Sebelum kami bergerak untuk mengedar borang soal selidik di sebelah petangnya, kami berahat di bilik. Jam 2.00 petang baru kami gerak ke sekitar Pulau Pangkor untuk mengedar borang soal selidik. Alhamdulillah...semua brang soal selidik telah diedarkan semuanya, dan apa yang boleh saya katakan adalah semua responden telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang borang soal selidik ini diedarkan. Habis sahaja borang soal selidik diedarkan, kami pergi jalan-jalan naik boat pergi ke pulau-pulau yang berdekatan dengan bayaran RM 90.00 satu boat yang beoleh memuatkan 11 orang kami. Ini merupakan pengalaman kali kedua saya naik boat di Pulau Pangkor...memang best...TAPI haaaaa...ni nak cerita peristiwa lucu ni...masa kami jalan-jalan ke pulau-pulau tu ombak sangat kuat sehinggakan boat yang kami naik tu tak dapat menghampiri pantai. Oleh hal itu, pemandu boat yang bawa kami pergi berjalan-jalan tadi tu terpaksa memanggil kawan dia untuk ambik kami dan dibawa ke tepi pantai. Masa itu, boat cuma ada dua buah sahaja, tapi kami ada 11 orang. Jadi, kami terpaksa bergilir-gilir untuk ke tepi pantai. Apabila 6 orang dah naik, tinggal 5 orang lagi kami termasuk saya. Oleh itu, saya dan kawan saya ni naik sebuah boat, dan 3 orang lagi kawan saya naik boat yang satu lagi. Nak dijadikan cerita, semasa kami nak sampai kat tepi pantai, pemandu boat tu memandu dengan lajunya sehinggakan saya dan kawan saya ni tersembam dalam boat. Adoiiiii...sakitnye...nak marah pun ada...nak ketawa pun ada...tapi nasib baik tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma tangan saya cedera sikit...bila di ingat kembali...memang lawak...

Sebelah malamnya pulak, kami membuat aktiviti bebas. So, kami pergi berjalan-jalan di tepi pantai. Sememangnya, suasana malam di tepi pantai sungguh nyaman dengan deruam ombaknya, dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, dengan bunyi orang berkaraoke, dan banyak lagi. Sebelum itu, kami pergi berjalan-jalan beli  makanan sebagai bekalan di tengah malam hehehehehe...jangan marahhhhhhh...penting ni takut malam-malam kelaparan. Selepas beli makanan,beli keychain...kami pergi ke pantai...wahhhhh...saungguh nyaman di tepi pantai...Lebih kurang jam 10.00 malam kami balik ke chalet untuk tidur time.

Esoknya pulak, mandi, solat subuh, dan turun untuk sarapan pagi. Sarapan dengan roti, air milo, dan Mee Hon. Roti sapu dengan jam memang best masa lapar-lapar. Selepas sarapan, kami pergi ke pantai nak main-main air kat pantai. Tapi kami dilarang untuk menghampiri pantai sebab ombak menganas. Tadi, kawan ada cerita ada seorang budak tengah duduk kat tepi pantai telah dibawa hanyut ombak., dan hampir nak lemas. Syukur Alhamdulillah...budak tu terselamat. Ombak pagi tadi memang besar, dan kuat...jadi hajat kami untuk main air di tepi pantai batal secara automatik...hihihihi...

Kira-kira jam 11.30 pagi, kami check out...dan pergi berjalan-jalan di sekitar Pulau Pangkor. Memang best pergi berjalan-jalan. Kami ada singgah dekat kota Belanda, kilang satey ikan, dan macam-macam lagi la...yang penting ada beli satey ikan yang sangat sedap hehehehe...jangan jelous. Cuaca kat Pulau Pangkor sangat panas...mungkin disebabkan berdekatan dengan pantai jadi bahang kepanasan itu terasa. Tepat jam 2.30 petang, rombongan kami bertolak balik ke Jeti Lumut, dan sampai sahaja di sana kami terkial-kial mencari kedai makan sebab kelaparan. Semua kedai yang kami cari semua makanannya dah habis, tapi nasib baik ada jumpa sebuah kedai makan yang ada lagi makanannye, itu pun terpaksa tunggu lama sebab banyak sangat yang order makanan, dan ditambah pula dengan kaki tangan kedai yang tidak mencukupi. Terpaksa la kami menunggu lama dalam setengah jam. Perut dah lapar, semua kedai makan dah tutup...nak tak nak kena tunggu hahahaha...Selesai sahaja makan terus berkumpul semula di jeti lumut, dan bertolak balik ke UPSI. Sampai di UPSI pada jam 8.00 malam. Sangat penat tapi walaupun penat ia menyeronokan. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kita untuk berseronok, hilangkan sebentar tekanan assigment yang melambak-lambak yang kena hantar pada minggu ke-12 dan minggu ke-13. Walaubagaimanapun, sema pengalaman ini akan tersemat di dalam sanubari ini dan akan diingat sampai bila-bila. Ok la setakat ini sahaja dulu...esok kita sambung lagi...daaaaaaa Salam...

Khamis, 24 Mac 2011

Hari Pertama Karnival Sekretariat Rukun Negara (KSRN)

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...Alhamdulillah...program KSRN untuk hari pertama semuanya berjalan dengan lancar WALAUPUN ada sedikit masalah pada permulaannya. Namun, masalah tersebut telah selesai dengan jayanya. Untuk pengetahuan, hari ini niat di hati nak pergi ke library...tapi oleh kerana ini merupakan hari pertama untuk KSRN, aku gagahkan langkah untuk ke KSRN. Program KSRN bermula dengan majlis perasmian KSRN oleh En. Mohd Feizal, Penolong Pendaftar HEPA, En. Mazlan Mamat, Penasihat SRNUPSI, Saudara Afiq Fiqri, YDPMPP 2011/2012, Pengarah program KSRN, dan En. Shahromi Yusoff, Penceramah dari Jabatan Perpaduan Manjung, Perak. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Tapi pada pandangan aku terdapat sedikit masalah yang kurang memuaskan hati berkaitan dengan majlis untuk hari ini.

Ini merupakan pandangan saya sahaja ek...jangan pulak selepas ini ada yang akan bermasam muka dengan aku. Antara masalah yang paling ketara saya nampak ialah masalah protokol. Bagi aku, ini merupakan perkara biasa dalam satu-satu manjlis. Untuk majlis perasmian pada pagi tadi, VIP tidak diberi bunga rosek/rozek...kenapa ek..???mayb mereka terlupa. Berkaitan dengan majlis perasmian juga, saya memang pelik, dan hairan sebab untuk majlis perasmian... laptop untuk nanyaian lagu negara ku, ibu kandung suluh budiman, dan sebagainya tidak disediakan. Nasib baik "orang" tu CALL aku suruhbawa laptop. NASIB BAIK AKU MASIH ADA KAT RUMAH, BOLEH LA AKU BAWA LAPTOP AKU y yg serba kekurangan itu huhuhu...yang aku pelik kenapa AJK yang berkenaan tidak sediakan peralatan yang diperlukan...???dan satu lagi perkara pagi tadi ialah aku telah "dilantik" untuk menjaga teknikal. Oittt...timbul dalam kepala aku satu persoalan "di mana AJK Teknikal...???" sape nak jawab tolong jawab ek...tapi tidak mengapa...sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai pengurus sekretariat untuk tolong mereka yang memerlukan pertolongan...tidak menjadi masalah...Tapi secara keseluruhan, KCRN II berjalan dengan lancar, dan jayanya WALAUPUN ketua untuk sekretariat ini iaitu Saudari Pensy, dan Saudarai Ernie Maria telah di SENTAP oleh pengarah program , tapi itu semua untuk kebaikan bersama. Dalam hal ini, aku tabik spring dengan Pensy, Erry, dan anak-anak buahnya sebab telah bertungkus lumus menyebarkan risalh berkaitan dengan KCRN II. Tahniah di ucapkan...

Satu perkara yang menarik dalam KSRN kali ini, ia telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Pelajar dari Indonesia telah memberi komitmen mereka sebagai pelajar UPSI walaupun baru dua bulan berada di UPSI. Tahniah di ucapkan...Selain itu, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam program KSRN ini. Walaupun ini bukan program aku, tapi ini merupakan program SRNUPSI. Jadi aku turut berbangga dengan pengurusan KSRN ini, Tahniah di ucapkan...

Selain itu, aku juga berbangga dengan pelajar UPSI yang memberi komitmen dalam menjayakan program KCRN II kali ini. Hal ini kerana kedua-dua slot ceramah yang diadakan, kerusi penuh dengan pelajar UPSI. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana telah memberi komitmen dalam menjayakan progam KCRN II. Akhir sekali, secara keseluruhan...apa yang dapat aku katakan untuk Hari Pertama program ini. SO FAR SO GOOD...Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung, dan tidak langsung. Akhir kata, kita akan tengok untuk program untuk esok hari, 24 March 2011 Khamis. Aku difahamkan, esok akan diadakan Forum Perdana yang akan berlangsung di Dewan SITC, jam 9.00 malam, TAPI sebelum itu, di masjid An Nur akan diadakan program bacaan Yassin, dan tahlil yang akan bermula selepas solat manghrib...Jadi, kepada semupa pelajar UPSI, anda dijemput hadir ke majlis yang akan berlangsung esok hari.Jangan lupa tauuuuuu...OK...jumpa lagi...Salam...

Isnin, 21 Mac 2011

Balik Kampung Cuti Pertengahan Tahun 2011

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...Alhamdulillah...semester dua aku di UPSI untuk sesi 2010/2011 dah nak habis. Jadi, praktikum untuk bulan Mei dah tak lama lagi, takut juga rasanya. BTW...semuanya dah OK...Pasal sekolah pulak dah tak ada masalah sebab semalam dah daftar sekolah tapi sekarang cuma tunggu respons dari pihak sekolah. Praktikum bulan Mei nanti kami telah merancang untuk buat di sekolah Port Dickson, Negeri Sembila. Nama sekolah itu SMK Datuk Hj Abd Samad. Sekolah tu, setakat hari semalam semuanya OK...tapi tak pergi survey lagi sekolah tu sebab tak ada masa nak pergi. Semalam dah tengok jugak kat dalam internet, nampak OK jer...hehehehe...harap-harap semuanya akan OK la selepas ini. 

Berbicara tentang sekolah, teringat pulak cuti pertengahan tahun 2011. Semalam cek kalender...rupa-rupanya dua minggu selepas berada di sekolah adalah cuti pertengahan tahun 2011. Wowwww...seronoknya...Cuti pertengahan tahun 2011 akan bemula pada 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011...cuti selama dua minggu. Oleh kerana dah tahu tarikh cuti bila, so...booking tiket la. Alhamdulillah...urusan booking tiket telah selesai. Semalam cek internet tengok tiket MAS dan AirAsia...perghhhh...tiket AirAsia lebih mahal dari tiket MAS. Jadi, tanpa melengahkan masa, aku terus booking tiket MAS. Harga murah, services pun OK...lebih baik dari AirAsia...makanan pun sedap...memang berbaloi aku booking tiket balik cuti pertengahan 2011 ni yerkkk. Dalam masa yang sama juga, Umey pun nak join aku sekali balik kampung cuti pertenahan ni. Yesss...banyak la member kat KLIA nanti la yer. Jadi tak adala aku sorang-sorang kat airport nanti. Dengar-dengar, Lan pun nak balik kampung juga tapi dai tak booking lagi tiket. Akhir sekali, harap-harap tiada masalah sepanjang aku berpraktikum nanti...Insya-Allah...

Assigment ULP 1023 - Kenegaraan

Ni assigment aku semasa mengambil subjek kenegaraan ULP 1023 yang di ajar oleh Dr. Rahimah. Best kat kelas dia tapi kadang-kadang mengantok...hehehehe...
PENAKLUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU.
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.
Pada Mac 1940, Jepun telah menyerang Indochina dan menjadikan negara itu sebagai markas bagi melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara. Di samping itu, Jepun turut terlibat di dalam Perang Dunia Kedua dengan menyerang pengkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour pada 7 Disember 1941. Serangan Jepun terhadap pengkalan Amerika Syarikat ini telah melumpuhkan pertahanan di kawasan Pasifik .Kelemahan pertahanan di Pasifik telah memberi peluang kepada Jepun untuk bertindak degan lebih berkesan di Timur Jauh dan Asia Tenggara. Serangan tersebut telah menandakan bermulanya Perang Pasifik di antara Jepun dengan Amerika Syarikat, Britain, dan Belanda.
            Pada 8 Disember 1941, Jepun memulakan serangan ke atas Tanah Melayu apabila sekumpulan askar – askar Jepun telah mendarat di Kota Bharu, Kelantan serta Pattani dan Singgora di pantai timur selatan Siam. Tentera Jepun ini telah bergerak ke selatan Tanah Melayu melalui persiaran pantai timur. Dari Kota Bharu, tentera Jepun telah menduduki Kuala Terengganu pada 13 Disember 1941 dan Kuantan pada 31 Disember 1941. Seterusnya mereka mara ke Endau, Mersing, dan Kluang Johor serta berjaya menduduki kawasan ini pada 28 Januari 1942.
            Pada 11 Disember 1942, Jepun telah menandatangani satu perjanjian dengan Siam untuk mendapatkan kemudahan untuk mendaratkan tenteranya di Pattani dan Singgora untuk memusnahkan pertahanan dan pengkalan tentera darat Inggeris di utara Tanah Melayu. Dari Pattani, tentera Jepun telah bergerak ke Keroh, Perak dan menawan Slim River pada 7 Januari 1942, Kuala Lumpr pada 11 Januari 1942, dan Johor Bahru pada 31 Januari 1942. Tentera Jepun di Singgora pula berjaya menawan Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941, Pulau Pinang pada 17 Disember 1941, dan Kuala Selangor pada 1 Januari 1942 dan Muar pada 16 Januari 1942.
            Dalam pertempuran ini, Tentera Kamikaze telah memusnahkan H.M.S. Repulse dan Prince Of Wales yang di  hantar ke utara Tanah Melayu. Kedua – dua kapal ini telah tenggelam di perairan luar pantai Kuantan pada 10 Disember 1941. Peneggelaman dua buah kapal ini telah melemahkan pertahanan Inggeris dan memberi peluang kepada Jepun untuk mara ke selatan Tanah Melayu dan Singapura. Setelah berjaya menawan Johor Bahru, Jepun telah bertindak memutuskan bekalan air ke Singapura, memusnahkan kolam air, gudang senjata, dan depot makanan di Singapura. Selain tentera Inggeris, askar melayu pimpinan Laftenan Adnan berjuang bermatian - matian untuk menyelamatkan tanah air dari serangan Jepun, dan dalam beberapa hari sahaja, Singapura ditawan oleh Jepun.
            Di Sabah dan Sarawak, Jepun telah menyerangnya melalui pengkalannya di Cam Ranh, Vietnam. Pada Disember 1941, tentera Jepun telah menyerang perusahaan minyak di Miri, dan menguasai Kuching dan Sibu. Pada 1 Januari 1941, Jepun menguasai Pulau Labuan, Beaufort, dan Membakut. Manakala 9 Januari 1942, tentera Jepun menguasai Jesselton, 19 Januari 1942 menawan Sandakan dan Februari 1942 menawan Kudat. Jepun hanya mengambil masa 70 hari untuk melumpuhkan pertahanan Inggeris di Tanah Melayu dan menduduki  Tanah Melayu pada 31 Januari 1942, dan Singapura pada 15 Februari 1942. Pendudukan Jepun bermula apabila komander tentera Inggeris iaitu Leftenan Jeneral A.E. Percival menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita atau ‘Harimau Malaya’ pada 15 Februari 1942. Pemerintahan Jepun berakhir pada September 1945.


PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU.
Sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Jepun telah megambil pemerintahan Tanah Melayu dari British selama tiga tahun, lapan bulan. Sepanjang tempoh tersebut, Jepun ingin memenuhi matlamatnya untuk membentuk ‘Pemerintahan Baru Asia Timur Raya” bagi mewujudkan satu lingkungan Kemakmuran Asia. Untuk itu, Jepun berusaha menerapkan perasaan cintakan negara, menyingkirkan pengaruh barat, dan menimbulkan kesedaran untuk mencapai kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan sendiri di kalangan penduduk tempatan.
            Penaklukan Jepun di Tanah Melayu telah mewujudkan satu pemerintahan yang bercorak ketenteraan yang berpusat di Singapura. Dalam hal ini, Tanah Melayu dan Sumatera telah di letakkan di bawah satu pentadbiran yang di ketuai oleh Letenen General Tomoyuki Yamashita dan Manaki Keishi dipertanggungjawabkan untuk Pentadbiran Tentera, manakala Kolonel Watanabe Wataru mengurus pentadbirannya. Dalam pemerintahan ini, Jepun telah membuat penukaran terhadap nama Singapura kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan, manakala Tanah melayu di kenali dengan nama Malai Baru dan telah di pecahkan kepada lapan wilayah yang diketuai oleh Gabenor yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan pusat di Singapura. Tanah Melayu dan Singapura telah disatukan di bawah satu unit kerajaan.  
            Pentadbiran di Tanah Melayu di bahagikan kepada tiga bahagian. Negeri – negeri utara dan Pantai Timur yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipisahkan dan diserahkan kepada Kerajaan Siam pada ogos 1943. Manakala Perak, Selangor,  Negeri Sembilan, dan Sumatera disatukan di bawah satu pentadbiran. Oleh kerana kebimbangan Jepun terhadap semangat keislaman di antara dua wilayah ini akan menjadi kuat yang akan mengugat kedudukan mereka, maka pentadbiran Jepun telah memisahkan dua wilayah ini pada April 1943. Sementara Pulau Pinang dan Melaka pula disatukan  dengan Singapura yang bertanggungjawab kepada kerajaan Jepun di Tokyo. Pentadbiran ini mengubah  bentuk pentadbiran yang diamalkan oleh British dan tindakan ini betujuan untuk mengelakkan negeri di Tanah Melayu bersatu tenaga dan menentang Jepun.
            Pemerintahan Jepun membahagikan daerah kepada beberapa kawasan yang kecil seperti kampung, jiran tetangga, dan keluarga yang bertujuan untuk memudahkan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Setiap keluarga wajib mendaftarkan setiap unit keluarga dan diberikan ‘Sijil Kehidupan dan Keamanan’. Namun begitu, sekiranya terdapat kelahiran, kematian, dan perkahwinan, maka pindaan harus di lakukan. Semua aktiviti yang di lakukan oleh penduduk harus di laporkan kepada pihak berkuasa Jepun dan bertanggungjawab terhadap pergerakan anggota keluarga.
            Pemerintahan Jepun secara tidak lansung di Tanah Melayu masih mengekalkan bentuk pentadbiran British. Dalam pemerintahan ini, perbezaan yang ketara dalam pemerintahan Jepun di Tanah Melayu ialah tidak mengekalkan dasar yang membiarkan orang bukan melayu dalam arus kehidupan mereka sendiri tanpa sebarang kawalan. Jepun memusuhi orang cina, dan orang India digalakkan untuk menuntut kemerdekaan melalui Indian Independence League dan Indian National Army, manakala Jepun masih pro – Melayu kerana menganggap orang melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.
SEBAB – SEBAB KEMENANGAN JEPUN.
Sebab pertama yang menyebabkan tentera Jepun menang ialah ketidakstabilan dan kelemahan tentera Inggeris. Semasa Jepun menyerang, tentera British dalam keadaan tidak bersedia. Malah Inggeris tidak pernah menjangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu dari utara, sedangkan pertahanan British berada di Singapura. Kelemahan tentera British berdasarkan sikap yang bergantung harap kepada Britain. British akan mengandaikan bahawa bantuan tentera akan diperolah dari Britain sekiranya Tanah Melayu di serang. Malangnya, Britain menghadapi kesulitan untuk menghantar bantuan menyebabkan askar – askar Inggeris sukar untuk menghadapi serangan Jepun. Kelemahan tentera British juga berpunca daripada sikap mereka yang terlalu memberi kepercayaan penuh terhadap askar upahan dari India untuk mempertahankan Tanah Melayu. Sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai semangat untuk berperang kerana keengganan Inggeris memberi kemerdekaan kepada India.
Sebab yang kedua ialah kelemahan pertahanan laut Inggeris. Pertahanan Inggeris pada ketika itu berada di Singapura, namun begitu pertahanan yang ada tidak mencukupi dan tidak lengkap. Hanya terdapat dua buah kapal perang iaitu H.M.S. Repulse dan Prince of Wales. Pertahanan tentera laut british menjadi lumpuh dengan kejayaan tentera Kamikaze meneggelamkan dua buah kapal tersebut pada 10 Disember 1941 berhampiran pantai Kuantan. Setelah tenggelamnya kapal – kapal ini, Inggeris tidak lagi mempertahankan laut untuk melindungi perairan Tanah Melayu daripada serangan Jepun dan hal ini telah memberi peluang kepada Jepun untuk menawan Tanah Melayu dengan mudah.
Punca yang seterusnya ialah persediaan awal tentera Jepun. Persediaan awal yang dilakukan oleh Jepun bertitik tolak dengan penubuhan sistem pengintipan yang cekap di Tanah Melayu bagi megumpul maklumat penting secara rahsia untuk memudahkan mereka menghancurkan pertahanan Inggeris. Persediaan lain yang turut dilakukan ialah menjalankan hubungan baik dengan negara – negara di Asia Tenggara bagi mendapatkan sokongan menentang Inggeris. Pada 11 Disember 1941, Jepun menandantangani perjanjian dengan Siam bagi mendapatkan kebenaran pendaratan tentera Jepun di Pattani dan Singgora. Selain itu, Jepun telah melancarkan propaganda untuk membebaskan Asia Tenggara dari penjajah barat memlalui slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ dan ‘ Asia Timur Untuk Asia Timur’. Selain itu, Jepun juga melancarkan Gerakan 3A yang memberi penekanan kepada penduduk setempat bahawa ‘Jepun Cahaya Asia, Jepun Pelindung Asia dan Jepun Pembebas Asia. Propaganda ini mempengaruhi golongan nasionalis Asia Tenggara terutama nasionalis Melayu untuk bekerjasama dengan Jepun.
Sebab yang keempat ialah kelebihan – kelebihan yang dimiliki oleh tentera Jepun. Askar – askar Jepun sememangnya telah di lengkapi dengan semangat yang tinggi. Mereka menerima latihan insentif di Indochina dan Taiwan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan dari negara – negara tropika. Semasa perangan berlaku, tentera Jepun telah menguasai semua ruang udara Tanah Melayu. Keadaan ini telah membolehkan pergerakan tentera darat dan laut dengan mudah. Tambahan pula, Jepun telah dilengkapi dengan disiplin yang tinggi dan mempunyaai semangat nasionalisme yang kuat. Dengan memiliki ‘kanun kesusilaan’ yang di kenali ‘Bushido’, tentera Jepun dibekalkan dengan ciri – ciri tentera yang berani, setia pada tugas, sanggup menderita, dan bekorban untuk negara. Kelebihan tentera Jepun yang paling unik sekali ialah kelainan tektik peperangan yang digunakan. Penggunaan basikal merupakan tektik peperangan yang sangat berkesan yang membolehkan tentera Jepun bergerak dengan pantas di dalam hutan. Dengan menggunakan basikal, kehadiran tentera Jepun tidak disedari oleh British kerana basikal tidak menggeluarkan sebarang bunyi.
Punca yang kelima ialah kekurangan tentera Inggeris. Tentera inggeris tidak memiliki semangat berperang yang tinggi. Peneggelaman kapal perang mereka melemahkan semangat tentera semangat tentera Inggeris dan menyebabkan seluruh pertahanan mereka lumpuh. Sebilangan tentera Inggeris terdiri daripada orang – orang India yang tidak mempunyai pengalaman berperang dan tidak didedahkan dengan latihan yang lasak dalam hutan. Tambahan pula, pihak Inggeris menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Ekonomi Inggeris baru sahaja melalui zaman pemulihan selepas tercetusnya Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 – 1932).


SEBAB – SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
Sebab yang utama ialah melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu. Melalui penubuhan Malayan Union, kerajaan Inggreis bercita – cita untuk menguasai sepenuhnya pentadbiran di seluruh Tanah Melayu demi kepentingan politik, ekonomi, dan sosial. Hasrat ini akan tercapai sekiranya Negeri – negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu sistem pentadbiran. Dalam hal ini, Inggeris berusaha untuk mendapatkan penyertaan Negeri – negeri Melayu Tidak Bersekutu melalui penubuhan Malayan Union. Tambahan pula, Tanah Melayu mempunyai potensi ekonomi yang boleh menguntungkan Inggeris. Oleh itu, Inggeris bimbang dengan kekayaan yang dimiliki oleh Tanah Melayu akan diambil alih oleh kuasa luar dan penduduk tempatan khususnya para pembesar di Tanah Melayu. Tambahan pula, sekiranya Negeri – negeri Melayu digabungkan, lebih mudah Inggeris mengeksploitasikan kekayaan yang sedia ada.
Ssebab yang kedua ialah Inggeris ingin membentuk pentadbiran yang lebih cekap dan stabil. Sebelum tahun 1941, Tanah Melayu mempunyai tiga unit pentadbiran iaitu Negeri – negeri Selat, Negeri – negeri Bersekutu, dan Negeri – negeri Tidak Bersekutu. Melalui penubuhan Malayan Union, ketiga – tiga unit pentadbiraan ini akan diletakkan di bawah satu pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor. Pentadbiran ini bukan sahaja dapat mejimatkan kos pentadbiran, malah perlaksanaan pentadbiran di seluruh negeri menjadi lebih mantap dan stabil. Di samping itu, pentadbiran ini dianggap lebih mengukuhkan pertahanan Inggeris sekiranya berlaku peperangan. Melalui penyatuan ini, kestabilan politik di Negeri – negeri Melayu ternyata lebih terjamin. Pemulihan keamanan perlu bagi menyelamatkan ekonomi Tanah Melayu yang dapat menarik pelabur asing untuk memajukan ekonomi di Tanah Melayu.
Selain itu, sebab penubuhan Malayan Union ialah untuk menyeragamkan pentadbiran di Tanah Melayu. Kewujudan tiga unit pentadbiran di Tanah Melayu telah menghalang usaha menyeragamkan pemerintahan dan menyelaraskan pertahanan di seluruh negara. Ia bukan sahaja menyukarkan pentadbiran, malah menelan perbelanjaan yang amat besar dalam pentadbiran. Justeru, langkah menyatukan tiga unit pentabiran ini akan dapat melicinkan dan menyeragamkan pentadbiran seluruh Tanah Melayu.
Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri juga adalah salah satu sebab mengapa Malayan Union diwujudkan. Berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Britain, Amerika Syarikat, dan pengumuman Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu Ogos 1941, Britain bersetuju memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya termasuklah Tanah Melayu setelah Perang Dunnia Kedua tamat. Sehubungan itu, sebelum kemerdekaan diberi, adalah perlu kerajaan Inggeris menyatukan negeri – negeri di Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum mewujudkan kesedaran kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu dalam usaha meneyediakan mereka ke arah berkerajaan sendiri.
Sebab yang seterusnya ialah pemberian kewarganegaraan. Kerajaan Inggeris merasakan kesan negatif yang timbul akibat dasar diskriminasi antara kaum melayu dengan bukan melayu. Bagi mengatasi masalah ini, soal hak kerakyatan perlulah diseragamkan. Semasa pendudukan Jepun, sebahagian besar daripada orang melayu adalah pro – Jepun dengan memberi sokongan dan kerjasama dengan tentera Jepun untuk menenteng Inggeris, manakala orang Cina dan India kurang memberikan sokongan kepada Jepun. Lantaran itu, Malayan Union ditubuhkan sebagai ‘membalas jasa’ orang – orang Cina yang menentang Jepun melalui pemberian hak kewarganegaraan yang sama sebagaimana yang diperoleh oleh orang – orang melayu. Di samping itu, Inggeris juga bercadang memberikan taraf kerakyatan kepada orang Cina dan India untuk memastikan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi dan menanamkan taat setia dan cintakan Tanah Melayu.


MALAYAN UNION
Kerajaan Inggeris telah mengahantar Sir Harold MacMichael sebagai wakilnya ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan daripada Raja – raja di Negeri – negeri Melayu yang menjadi syarat utama bagi penubuhan Malayan Union. Harold dalam laporannya menyatakan tujuan kedatangan beliau dan rombongannya adalah untuk mendapatkan persetujuan rasmi Raja – raja Melayu ke atas satu perjanjian yang memberi Tanah Melayu ‘taraf kemerdekaan dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel’ .Setibanya di Tanah Melayu pada 12 Oktober 1945, beliau bersama rombongannya terus menemui Raja – raja Melayu secara tergesa – gesa tanpa memberi peluang kepada semua Sultan untuk memikir dan mengkaji serta membincangkan butir – butir perlembagaan Malayan Uniaon dengan pembesar dan Majlis Mesyuarat Negeri masing – masing. Tambahan pula, Harold MacMichael telah bertindak secara agresif dengan mamaksa Raja – raja Melayu menurunkan tandatangan.
Selain itu, beliau juga mengugut akan melucutkan jawatan Sultan dengan alasan semua Sultan telah bersubahat dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua bagi menentang Inggeris di Tanah Melayu. Dalam hal ini, Sultan tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menyatakan persetujuan mereka terhadap penubuhan Gagasan Malayan Union. Hal ini bermakna, usaha MacMichael telah membuahkan kejayaan tanpa sebarang kesukaran.
Sesungguhnya, Sultan Johor merupakan sultan yang mula – mula menandatangani Perlembagaan Malayan Union. Beliau mengetahui bahawa Sultan Johor merupakan Sultan yang paling kanan, diikuti oleh Sultan Selangor, Sultan Pahang, Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Perak, Sultan Kedah, Raja Perlis, Sultan Kelantan, dan Sultan Terengganu. Hasil persetujuaan Raja – raja Melayu telah dikemukakan oleh Sir Harorld MacMichael kepada Kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris telah meluluskan Perlembagaan Malayan Union dan mewartakannya sebagai ‘Kertas Putih’ pada 22 Januari 1946 serta dikuatkuasakan pada 1 April 1946.
Dalam membuat persediaan melaksanakan rancangan Malayan Union, kerajaan British mengarahkan Timbalan Ketua Pegawai Hal – Ehwal Awam BMA, Harold C. Wilan membuat tinjauan tentang kesetiaan Raja – raja Melayu terhadap kerajaan British. Di bawah pemerintahan BMA, British telah menurunkan takhta beberapa orang raja yang dilantik semasa pendudukan Jepun atas tuduhan bersubahat dengan Jepun.
Walaupun kerajaan British menyedari kelemahan yang ada pada Malayan Union, tetapi mereka tetap meneruskan cadangan itu bertujuan untuk menyatukan negeri – negeri Melayu. Matlamat utama kerajaan British adalah menjadikan penduduk tempatan dan orang asing sama rata sebagai rakyat Tanah Melayuyang di kenali dengan nama ‘Malayan’. Kerajaan British yakin bahawa mereka mampu mentadbir dengan baik di bawah satu pemerintahan baru kerana kuasa tertinggi berada di tangan mereka. Bagi memastikan rancangan ini berjaya, kerajaan British telah menghantar Sir Harold MacMichael ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan daripada Raja – raja Melayu. Namun begitu, tindakan Sir Harold memaksa Raja – raja Melayu untuk menandatangani perjanjian menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Raja – raja Melayu. Akibat kekecohan ini, ramai yang berpendapat bahawa MacMichael menggunakan budi bicaranya sendiri, tanpa merujuk kepada kerajaan British terlebih dahulu.




 





           
           

Ahad, 20 Mac 2011

Keluarga Besar Kami - Cucu Cicit Meng

 AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...ni semua gambar keluarga besar kami. Senang susah, suka duka dikongsi bersama. Keluarga besar kami sangat bahagia. Kepada yang tak ada gambar dalam ini maaf la yerkkk...sebab banyak gambar yang dah tak ada. 

My Brother

Aktiviti wajib...main asap...hehehe...

Abang Polis...kihkihkih

My Bapak

Iman dengan bapaknya

Orang kuat keluarga Meng

My Mon dan Anjang
Ngah Isah ngan Ngah Ali
Sepupu kami
My Mom kiri sekali, Tipah, Suria, dan Mok Arah
Sepupu sepapat aku...caya lah...
Cucu cicit Meng
kerabat Meng...keluarga aku memang meriah...
Ituuuuuu dia...Indai Dabei dan Selly
Haaaaaa...jalan-jalan di gua angin...Bau
Adam, Deqwan, Iman, Kimi, Debab
Marsha si mulut lebih...hehehehehe
Kenduri Hari Raya Haji...semua ahli keluarga Meng berkumpul. Hanya masa-masa macam ni je la yang ada untuk kami berkumpul bersama-sama setelah sekian lama tidak berjumpa.
Gambar masa kenduri. Ingat kenduri apa...tapi yang penting masa ini lah kami makan bersama-sama. (Dari atas: selly, Ila baju merah, Nomi, dan Pidah). Tengah kemas barang.
Ni masa Hari Jadi Deqwan. Marsha, dan Daus pun ada.
Nak pergi sekolah...nakal budak ni...heheheh...my younger brother
Iman masa bayi...nakal budak dua orang ni...

Sabtu, 19 Mac 2011

Hujan Di Tanjong Malim, Family di Kampung, dan Mok ke Bali

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...sejuknya...Tanjong Malim hujan lagi...lagi...dan lagi...Ini lah dinamanakan hujan rahmat. Bila dah hujan, rasa malas nak pergi mandi. Tapi kalau di fikirkan, kalau tak mandi nanti busuk pulak. So, nak tak nak kena mandi jugak. 

Petang tadi call family kat kampung. Terasa rindu pulak kat orang di kampung walaupun baru dua tiga hari lepas call orang di kampung. Alhamdulillah...family di kampung semuanya sihat walafiat. Pagi tadi sepupu ada bagi tau yang mak, ayah, dan adik-adik pergi ke Kuching untuk melawat abang yang tengah training di Kuching. Wow...best nya dapat pergi Kuching...Lama jugak aku tak ke Kuching...Maklum la...study jauh nun di negara orang...Tanjong Malim...hehehehehe...tapi tak mengapa sebab lain kali boleh pergi. 

Selepas call family di kampung, teringat pulak kat Mok Arah dan anak-anaknya di Port Klang. Macam biasa, bertanya khabar...Alhamdulillah...semuanya sihat. Mok bagi tau hujung tahun dia orang tak balik kampung sebab dia orang nak pergi ke Bali. Wahhhhh...pergi bali tak ajak aku pun. Tapi kalau dia orang ajak pun aku tak boleh nak pergi sebab ada kuliah untuk semester 8, semester terakhir di UPSI. Kalau ada rezeki lain kali boleh je pergi. Sebelum itu, sempat jugak bagi tau kat Mok supaya beli ole-ole untuk aku. Tadi ada pesan suruh beli baju...Hehehehehe...OK la...nanti kita sambung balik...Salam...

Lawatan ke JPNIN Putrajaya dan alang-alang kat sana...so...Bowling la...

AS SALAM DAN SALAM SEJAHTERA...Hari ini sangat seronok, dan menyenangkan hati. Nak tau kenapa...???Alhamdulillah...hari aku bersama rakan-rakan SRNUPSI pergi ke JPNIN Putrajaya untuk berbincang dengan pegawai dari sana berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di UPSI. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Bertolak dari Pintu Timur jam 12.30 tgh hari. Tiba di Putrajaya jam 3.00 petang. Sepanjang perjalanan hujan sangat lebat ditambah dengan kilat...iskkkk...sangat takut. Alhamdulillah semuanya selamat sampai, dan kami disambut oleh Encik Sharil, anak buah Puan Zila. Perbincangan bermula jam 3.30 petang bersama beberapa pegawai JPNIN termasuk Puan Zila, Encik Sharil, dan Encik Asyraf, staf baru di JPNIN. Encik Asyraf ini difahamkan kawan sekolah kepada salah seorang ahli SRNUPSI iaitu Suman. Wahh...kalau macam itu senang la kalau ada kawan dengan orang JPNIN, boleh minta sumbangan untuk aktiviti SRNUPSI. BTW...Perbincangan ini berjalan dengan lancar, dan berakhir dengan jayanya. 

Selesai sahaja perbincangan, rombongan SRNUPSI pergi "melawat" ke Alamanda. Hehehehehe...alang-alang dah ada di Putrajaya, so apa lagi shoping la. Bak kata pepatah melayau, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Di Alamanda, program yang seterusnya sudah semestinya pertandingan Bowling Perpaduan. Haaaahaaaa...pertandingan ini wajib sekiranya pergi ke Putrajaya. Pertandingan terdiri dari ahli-ahli SRNUPSI yang ikut serta dalam rombongan. Pada pandangan saya, pertandingan seperti ini sangat bagus, dan menarik kerana ia boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli SRN dengan Exco, dan Majlis Tertinggi SRN. Alhamdulillah...Kumpulan kami telah mendapat tempat ke 3 daripada 6 pasukan yang bertanding. OK la tu...dapat jugak hadiah...huhuhuhuhuhu...Selesai pertandingan bowling perpaduan, rombongan bertolak balik ke UPSI, dan sampai di UPSI jam 12.30 tengah malam. Sehari suntuk di sana. BTW...sangat berbaloi, best, dan seronok bersama-sama dengan rombongan. Ape-ape pun, Insya-Allah...kalau tiada aral yang melintang, sebelum tamat semester 2 sesi 2010/2011, SRNUPSI akan sekali lagi menganjurkan pertandingan bowling perpaduan yang dianjurkan oleh Exco Ekonomi, dan Keusahawanan.  Kepada yang semua ahli SRNUPSI, jangan lupa sertai kami di masa akan datang.

Sebelum itu, di Putrajaya hari ini tengah berlangsungnya Pesta Belon Udara Panas. Tadi ada tengok  kejap, nampak menarik...tapi hari hujan, just tengok dalam bus sahaja. OK la setakat ini dulu,...Haaaaa...sebelum terlupa, gambar-gambar akan di upload dalam masa yang terdekat. OK...jumpa lagi...Salam..

Rabu, 16 Mac 2011

Kalut dengan Pendaftaran Sekolah

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...amboiiiii...ni saya nak cerita pasal pendaftaran sekolah untuk praktikum bulan Mei nanti. Aduhhhh...sungguh kalut...nak tau kenapa???hehehehehe...kalut sebab baru tau yang pendaftaran sekolah di buat hari ini dekat kawan saya, Anuar Haron. Baru tengok kat Facebook dia yang mengatakan bahawa pendaftaran boleh dibuat dekat dia...Nasib baik saya tengok, kalau  tak tengok comfirm sekolah yang kami nak tidak dapat...hehehehehe...Harap-harap saya dan Azlan boleh praktikum dekat sekolah itu, Insya-Allah...

Dalam masa kalut itu, sempat juga hantar mesej dengan ewan, pojan, daus dan umey tentang pendaftaran sekolah untuk praktikum. Dalam masa kalut tu jugak la saya punya handphone low batery...adeh...adeh...Bukan setakat low batery, kredit pun tinggal RM0.38 hahahahaha...tapi tidak mengapa sebab apa yang penting saya dah bagi nama sekolah kat Nuar...hehehehehe...kepada yang tidak mendaftar lagi sekolah tu, baik cepat-cepat berbuat demikian sebab takut penuh. Macam-macam lah...tapi kalu di fikirkan memang lawak...nak ketawa pun ada...hehehehehehe...

Memang Asam Garam...kenapa???

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...seperti biasa bangun pagi...selalu saje terlajak tidur lebih sikit...tapi subuh hari ini saya tunaikan jugak...hehehehehe...Perancangan hari ini sebenarnya nak meeting bersama pegawai dari JPNIN Putrajaya, HEPA, dan ahli-ahli SRNUPSI. Tapi, malangnya saya tidak dapat menhadirkan diri sebab ada discusion bersama dengan ahli kumpulan untuk membincangkan tugasan yang terpaksa di hantar pada Jumaat ini. Alhamdulillah, semua nya telah berjalan dengan lancar. melihat kepada tajuk saya hari ini, berkaitan dengan Memang Asam Garam...mengapa???

Nak tau kenapa???hehehehe...sebenarnya,hari ini saya ada perbincangan dengan ahli kumpulan untuk tugasan yang akan dihantar pada Jumaat ini. Perbincangan dibuat di KHAR, rumah kawan saya. Semalam, kawan saya janji nak pergi bersama, tapi janji itu hanya tinggal janji. Dia janji nak pergi jam 10.00 pagi tapi batang hidung dia pun tidak ada. Saya menunggu dia ni hampir 1 jam. Satu masalah yang dialami oleh kawan saya ini ialah payah nak bangun pagi. Sebab itu, kalau dia ajak buat perbincangan masa pagi-pagi, memang saya tidak setuju sebab masalah kawan saya ni la yang payah nak bangun pagi. Kadang-kadang, saya rasa nak tarik atau simbah je muke dia dengan air dalam baldi, baru dia tau.. Saya seorang yang sangat tidak suka bila orang yang buat janji, tapi janji hanya tinggal janji. Alhamdulillah...perbincangan berjalan dengan lancar. Insya-Allah, kalau tiada aral yang melintang tugasan ini akan siap pada esok hari. Saya berharap agar kawan saya ini mengubah sikapnya.

Habis perbincangan, pergi ke bilik persatuan berbual-bual dengan Koon dan Diah. Sambil berborak Koon ada bercerita pasal ayahanda SRNUPSI...hehehehe...tau-tau je la sape dia...huhuhuhuhu...banyak benda yang saya tidak tahu tentang baktisiswa perdana hari itu. Bila ada masa berborak dengan Koon, rupanya banyak rahsia yang saya tidak tahu, tapi baru tahu hari ini...tapi tidak mengapa sebab bagi saya itu semua lumrah dalam menjalankan sesuatu program....BTW...tahniah kepada SRNUPSI...baiklah itu sahaja dulu, jumpa lagi nanti OK...


Selasa, 15 Mac 2011

15 March 2011

AS SALAM, DAN SALAM SEJAHTERA...Sepanjang hari ini, banyak perkara yang aku ingin kongsi bersama anda. Antaranya ialah berkaitan dengan pra pendaftaran praktikum kepada bakal-bakal guru yang akan menjalani praktikum pada 9 Mei 2011. Alhamdulillah, aku dan sahabat yang lain telah membuat pendaftaran seperti yang telah disuruh. Peringatan, kepada bakal-bakal guru yang belum mendaftar, sila berbuat sedemikian secepat yang mungkin. Hari ini juga aku telah menjalankan tanggungjawab aku sebagai pelajar UPSI yang mendimami Kolej Aminuddin Baki, iaitu membuat pendaftaran kolej kediaman untuk semester akan datang iaitu semester 8. Aku berharap agar semester 8 nanti aku boleh menginap di Kolej Aminuddin Baki yang aman, dan permai. Insya-Allah...

Hari ini juga aku ingin berjumpa dengan penyelia proposal aku iaitu Prof. Dr. Azizi, tetapi malangnya beliau tiada di biliknya. Aku tinggalkan proposal itu di hadapan biliknya, dan aku berharap beliau akan menyemak dengan setulus hatinya...hehehehehehehe...Selepas itu, aku bersama sahabt ku melangkah pergi meninggalkan bilik pensyarah ku itu menuju ke makmal GIS. Dalam perjalanan, terserempak dengan rakan seperjuangan SRN ku iaitu Saudari Sumaiyah Ismail yang pada ketika itu ingin menuju ke makmal Fizik yang tidak jauh dari makmal GIS. Sampai sahaja di makmal, seperti biasa tiada apa-apa yang dilakukan melainkan mendigitkan peta untuk dijadikan modul dalam pengajaran. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak yang dapat disiapkan, tapi ada juga hasil untuk hari ini. Baiklah, setakat ini sahaja dulu, kita sambung esok plak ek...salam...

Budak Baru

As salam...dan salam sejahtera...Saya Azmil Bin Joni...saya sebenarnya dah lama tidak main blog ni. Sebenarnya sebelum ini saya ada akaun blog, tapi saya kurang aktif dengannya. Hari ini, saya tidak tahu kenapa tetiba je saya teringin nak buat blog. Apa-apa pun, selepas ini saya akan mengaktifkan diri dengan blog yang saya buat ini. Saya suka baca blog orang, jadi selepas ini saya berharap orang akan suka membaca blog saya. Blog saya ini simple sahaja, tapi saya yakin, dan percaya selepas ini saya akan pastikan blog saya akan selalu di update. Pengisian blog saya ini, saya tidak memikirkannya lagi. Tapi, dalam perancangan saya akan jadikan blog saya ini sebagai blog yang pelbagai. Maksudnya, blog ini akan mengisalkan tentang pengalaman, kisah suka duka, akademik, gosip, dan sebagainya akan saya muatkan dalam blog saya. Oleh itu, saya menjemput bloger semua agar menjadi follower blog saya ini. Walaupun simple, tapi saya harap tunjuk ajar, dan kritikan pembaca akan saya terima dengan seadanya. Selamat membaca blog saya...Salam...

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah Tolong Tunjukkan...