Isnin, 28 Januari 2013

Maklum Balas iTanya oleh SPP

As salam dan Salam 1 Malaysia...Pada minggu lepas saya telah menghantar satu pertanyaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) berkaitan dengan tarikh temuduga bagi calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (PPPS DG41). 

Syukur Alhamdulillah Allah SWT telah memberi sedikit sinar berkaitan dengan temuduga ISMP. Untuk makluman, antara pertanyaan yang saya hantar ke pihak SPP ialah 

"Tarikh: 22.01.2013
Status: Selesai
Tajuk: PERTANYAAN MENGENAI TEMUDUGA JAWATAN PPPSDG41 ISMP
AS SALAM DAN SALAM SEJAHTERA...KAMI DIMAKLUMKAN OLEH YB DR WEE KA SIONG MENGATAKAN BAHAWA PADA 21 JANUARI 2013 SPP MENGADAKAN MESYUARAT UNTUK MENENTUKAN TARIK TRMUDUGA JAWATAN UNTUK CALON ISMP DAN PISMP BAGI JAWATAN PPPS DG41. SAYA INGIN BERTANYA BILAKAH TARIKH TEMUDUGA DAN PENEMPATAN UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41 UNTUK PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN IPTA? UNTUK MAKLUMAN SAYA ADA MENGISI JAWATAN PPPS DG41 PADA NOVEMBER 2012 SEPERTI YG DIARAHKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). BESARLAH HARAPAN SAYA SEKIRANYA ADA MAKLUMBALAS DARI SPP. SEKIAN."

Maklum balas berkaitan dengan pertanyaan di atas oleh SPP ialah 

"Jawapan
Selamat pagi dan salam sejahtera,

Encik Azmil bin Joni,

Terima kasih di atas pertanyaan tuan. Untuk makluman tuan, SPP Putrajaya sedang dalam proses untuk mengatur jadual temu duga yang dimaksudkan. Tuan adalah dinasihatkan untuk menyemak panggilan temu duga atau perkembangan muktahir di portal / laman sesawang Suruhanjaya ini untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai temu duga tersebut. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Pengambilan Guru, SPP Putrajaya untuk menyemak status panggilan temu duga tuan.

Walau bagaimanapun, untuk makluman tuan, Suruhanjaya tidak bertanggungjawab mengeluarkan arahan penempatan bagi semua calon PPP. Sekiranya tuan berjaya di dalam temu duga, penempatan akan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
URus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 4, Wisma Satria BDC
Lorong B, Jalan Stutong
93350 KUCHING.
No Tel : 082-458958/458955
No Faks : 082-459225"

Segala maklum balas telah menunjukkan sesuatu yang positif bahawa sedikit masa lagi calon ISMP akan ditemuduga. Mengimbas kembali makluman dari Dr Wee Ka Siong melalui akaun twiternya bahawa temuduga akan dilakukan selepas Tahun Baru Cina dan nama calon temuduga akan dikeluarkan oleh pihak SPP pada awal Februari. Akhir kata marilah sama kita berdoa dan berusaha agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah SWT memberi fahaman para malaikat dan hafalan para nabi kepada kita... In Shaa Allah... Jom Study...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan