Isnin, 21 Mac 2011

Assigment ULP 1023 - Kenegaraan

Ni assigment aku semasa mengambil subjek kenegaraan ULP 1023 yang di ajar oleh Dr. Rahimah. Best kat kelas dia tapi kadang-kadang mengantok...hehehehe...
PENAKLUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU.
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.
Pada Mac 1940, Jepun telah menyerang Indochina dan menjadikan negara itu sebagai markas bagi melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara. Di samping itu, Jepun turut terlibat di dalam Perang Dunia Kedua dengan menyerang pengkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour pada 7 Disember 1941. Serangan Jepun terhadap pengkalan Amerika Syarikat ini telah melumpuhkan pertahanan di kawasan Pasifik .Kelemahan pertahanan di Pasifik telah memberi peluang kepada Jepun untuk bertindak degan lebih berkesan di Timur Jauh dan Asia Tenggara. Serangan tersebut telah menandakan bermulanya Perang Pasifik di antara Jepun dengan Amerika Syarikat, Britain, dan Belanda.
            Pada 8 Disember 1941, Jepun memulakan serangan ke atas Tanah Melayu apabila sekumpulan askar – askar Jepun telah mendarat di Kota Bharu, Kelantan serta Pattani dan Singgora di pantai timur selatan Siam. Tentera Jepun ini telah bergerak ke selatan Tanah Melayu melalui persiaran pantai timur. Dari Kota Bharu, tentera Jepun telah menduduki Kuala Terengganu pada 13 Disember 1941 dan Kuantan pada 31 Disember 1941. Seterusnya mereka mara ke Endau, Mersing, dan Kluang Johor serta berjaya menduduki kawasan ini pada 28 Januari 1942.
            Pada 11 Disember 1942, Jepun telah menandatangani satu perjanjian dengan Siam untuk mendapatkan kemudahan untuk mendaratkan tenteranya di Pattani dan Singgora untuk memusnahkan pertahanan dan pengkalan tentera darat Inggeris di utara Tanah Melayu. Dari Pattani, tentera Jepun telah bergerak ke Keroh, Perak dan menawan Slim River pada 7 Januari 1942, Kuala Lumpr pada 11 Januari 1942, dan Johor Bahru pada 31 Januari 1942. Tentera Jepun di Singgora pula berjaya menawan Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941, Pulau Pinang pada 17 Disember 1941, dan Kuala Selangor pada 1 Januari 1942 dan Muar pada 16 Januari 1942.
            Dalam pertempuran ini, Tentera Kamikaze telah memusnahkan H.M.S. Repulse dan Prince Of Wales yang di  hantar ke utara Tanah Melayu. Kedua – dua kapal ini telah tenggelam di perairan luar pantai Kuantan pada 10 Disember 1941. Peneggelaman dua buah kapal ini telah melemahkan pertahanan Inggeris dan memberi peluang kepada Jepun untuk mara ke selatan Tanah Melayu dan Singapura. Setelah berjaya menawan Johor Bahru, Jepun telah bertindak memutuskan bekalan air ke Singapura, memusnahkan kolam air, gudang senjata, dan depot makanan di Singapura. Selain tentera Inggeris, askar melayu pimpinan Laftenan Adnan berjuang bermatian - matian untuk menyelamatkan tanah air dari serangan Jepun, dan dalam beberapa hari sahaja, Singapura ditawan oleh Jepun.
            Di Sabah dan Sarawak, Jepun telah menyerangnya melalui pengkalannya di Cam Ranh, Vietnam. Pada Disember 1941, tentera Jepun telah menyerang perusahaan minyak di Miri, dan menguasai Kuching dan Sibu. Pada 1 Januari 1941, Jepun menguasai Pulau Labuan, Beaufort, dan Membakut. Manakala 9 Januari 1942, tentera Jepun menguasai Jesselton, 19 Januari 1942 menawan Sandakan dan Februari 1942 menawan Kudat. Jepun hanya mengambil masa 70 hari untuk melumpuhkan pertahanan Inggeris di Tanah Melayu dan menduduki  Tanah Melayu pada 31 Januari 1942, dan Singapura pada 15 Februari 1942. Pendudukan Jepun bermula apabila komander tentera Inggeris iaitu Leftenan Jeneral A.E. Percival menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita atau ‘Harimau Malaya’ pada 15 Februari 1942. Pemerintahan Jepun berakhir pada September 1945.


PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU.
Sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Jepun telah megambil pemerintahan Tanah Melayu dari British selama tiga tahun, lapan bulan. Sepanjang tempoh tersebut, Jepun ingin memenuhi matlamatnya untuk membentuk ‘Pemerintahan Baru Asia Timur Raya” bagi mewujudkan satu lingkungan Kemakmuran Asia. Untuk itu, Jepun berusaha menerapkan perasaan cintakan negara, menyingkirkan pengaruh barat, dan menimbulkan kesedaran untuk mencapai kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan sendiri di kalangan penduduk tempatan.
            Penaklukan Jepun di Tanah Melayu telah mewujudkan satu pemerintahan yang bercorak ketenteraan yang berpusat di Singapura. Dalam hal ini, Tanah Melayu dan Sumatera telah di letakkan di bawah satu pentadbiran yang di ketuai oleh Letenen General Tomoyuki Yamashita dan Manaki Keishi dipertanggungjawabkan untuk Pentadbiran Tentera, manakala Kolonel Watanabe Wataru mengurus pentadbirannya. Dalam pemerintahan ini, Jepun telah membuat penukaran terhadap nama Singapura kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan, manakala Tanah melayu di kenali dengan nama Malai Baru dan telah di pecahkan kepada lapan wilayah yang diketuai oleh Gabenor yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan pusat di Singapura. Tanah Melayu dan Singapura telah disatukan di bawah satu unit kerajaan.  
            Pentadbiran di Tanah Melayu di bahagikan kepada tiga bahagian. Negeri – negeri utara dan Pantai Timur yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dipisahkan dan diserahkan kepada Kerajaan Siam pada ogos 1943. Manakala Perak, Selangor,  Negeri Sembilan, dan Sumatera disatukan di bawah satu pentadbiran. Oleh kerana kebimbangan Jepun terhadap semangat keislaman di antara dua wilayah ini akan menjadi kuat yang akan mengugat kedudukan mereka, maka pentadbiran Jepun telah memisahkan dua wilayah ini pada April 1943. Sementara Pulau Pinang dan Melaka pula disatukan  dengan Singapura yang bertanggungjawab kepada kerajaan Jepun di Tokyo. Pentadbiran ini mengubah  bentuk pentadbiran yang diamalkan oleh British dan tindakan ini betujuan untuk mengelakkan negeri di Tanah Melayu bersatu tenaga dan menentang Jepun.
            Pemerintahan Jepun membahagikan daerah kepada beberapa kawasan yang kecil seperti kampung, jiran tetangga, dan keluarga yang bertujuan untuk memudahkan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu. Setiap keluarga wajib mendaftarkan setiap unit keluarga dan diberikan ‘Sijil Kehidupan dan Keamanan’. Namun begitu, sekiranya terdapat kelahiran, kematian, dan perkahwinan, maka pindaan harus di lakukan. Semua aktiviti yang di lakukan oleh penduduk harus di laporkan kepada pihak berkuasa Jepun dan bertanggungjawab terhadap pergerakan anggota keluarga.
            Pemerintahan Jepun secara tidak lansung di Tanah Melayu masih mengekalkan bentuk pentadbiran British. Dalam pemerintahan ini, perbezaan yang ketara dalam pemerintahan Jepun di Tanah Melayu ialah tidak mengekalkan dasar yang membiarkan orang bukan melayu dalam arus kehidupan mereka sendiri tanpa sebarang kawalan. Jepun memusuhi orang cina, dan orang India digalakkan untuk menuntut kemerdekaan melalui Indian Independence League dan Indian National Army, manakala Jepun masih pro – Melayu kerana menganggap orang melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.
SEBAB – SEBAB KEMENANGAN JEPUN.
Sebab pertama yang menyebabkan tentera Jepun menang ialah ketidakstabilan dan kelemahan tentera Inggeris. Semasa Jepun menyerang, tentera British dalam keadaan tidak bersedia. Malah Inggeris tidak pernah menjangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu dari utara, sedangkan pertahanan British berada di Singapura. Kelemahan tentera British berdasarkan sikap yang bergantung harap kepada Britain. British akan mengandaikan bahawa bantuan tentera akan diperolah dari Britain sekiranya Tanah Melayu di serang. Malangnya, Britain menghadapi kesulitan untuk menghantar bantuan menyebabkan askar – askar Inggeris sukar untuk menghadapi serangan Jepun. Kelemahan tentera British juga berpunca daripada sikap mereka yang terlalu memberi kepercayaan penuh terhadap askar upahan dari India untuk mempertahankan Tanah Melayu. Sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai semangat untuk berperang kerana keengganan Inggeris memberi kemerdekaan kepada India.
Sebab yang kedua ialah kelemahan pertahanan laut Inggeris. Pertahanan Inggeris pada ketika itu berada di Singapura, namun begitu pertahanan yang ada tidak mencukupi dan tidak lengkap. Hanya terdapat dua buah kapal perang iaitu H.M.S. Repulse dan Prince of Wales. Pertahanan tentera laut british menjadi lumpuh dengan kejayaan tentera Kamikaze meneggelamkan dua buah kapal tersebut pada 10 Disember 1941 berhampiran pantai Kuantan. Setelah tenggelamnya kapal – kapal ini, Inggeris tidak lagi mempertahankan laut untuk melindungi perairan Tanah Melayu daripada serangan Jepun dan hal ini telah memberi peluang kepada Jepun untuk menawan Tanah Melayu dengan mudah.
Punca yang seterusnya ialah persediaan awal tentera Jepun. Persediaan awal yang dilakukan oleh Jepun bertitik tolak dengan penubuhan sistem pengintipan yang cekap di Tanah Melayu bagi megumpul maklumat penting secara rahsia untuk memudahkan mereka menghancurkan pertahanan Inggeris. Persediaan lain yang turut dilakukan ialah menjalankan hubungan baik dengan negara – negara di Asia Tenggara bagi mendapatkan sokongan menentang Inggeris. Pada 11 Disember 1941, Jepun menandantangani perjanjian dengan Siam bagi mendapatkan kebenaran pendaratan tentera Jepun di Pattani dan Singgora. Selain itu, Jepun telah melancarkan propaganda untuk membebaskan Asia Tenggara dari penjajah barat memlalui slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ dan ‘ Asia Timur Untuk Asia Timur’. Selain itu, Jepun juga melancarkan Gerakan 3A yang memberi penekanan kepada penduduk setempat bahawa ‘Jepun Cahaya Asia, Jepun Pelindung Asia dan Jepun Pembebas Asia. Propaganda ini mempengaruhi golongan nasionalis Asia Tenggara terutama nasionalis Melayu untuk bekerjasama dengan Jepun.
Sebab yang keempat ialah kelebihan – kelebihan yang dimiliki oleh tentera Jepun. Askar – askar Jepun sememangnya telah di lengkapi dengan semangat yang tinggi. Mereka menerima latihan insentif di Indochina dan Taiwan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan dari negara – negara tropika. Semasa perangan berlaku, tentera Jepun telah menguasai semua ruang udara Tanah Melayu. Keadaan ini telah membolehkan pergerakan tentera darat dan laut dengan mudah. Tambahan pula, Jepun telah dilengkapi dengan disiplin yang tinggi dan mempunyaai semangat nasionalisme yang kuat. Dengan memiliki ‘kanun kesusilaan’ yang di kenali ‘Bushido’, tentera Jepun dibekalkan dengan ciri – ciri tentera yang berani, setia pada tugas, sanggup menderita, dan bekorban untuk negara. Kelebihan tentera Jepun yang paling unik sekali ialah kelainan tektik peperangan yang digunakan. Penggunaan basikal merupakan tektik peperangan yang sangat berkesan yang membolehkan tentera Jepun bergerak dengan pantas di dalam hutan. Dengan menggunakan basikal, kehadiran tentera Jepun tidak disedari oleh British kerana basikal tidak menggeluarkan sebarang bunyi.
Punca yang kelima ialah kekurangan tentera Inggeris. Tentera inggeris tidak memiliki semangat berperang yang tinggi. Peneggelaman kapal perang mereka melemahkan semangat tentera semangat tentera Inggeris dan menyebabkan seluruh pertahanan mereka lumpuh. Sebilangan tentera Inggeris terdiri daripada orang – orang India yang tidak mempunyai pengalaman berperang dan tidak didedahkan dengan latihan yang lasak dalam hutan. Tambahan pula, pihak Inggeris menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Ekonomi Inggeris baru sahaja melalui zaman pemulihan selepas tercetusnya Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 – 1932).


SEBAB – SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
Sebab yang utama ialah melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu. Melalui penubuhan Malayan Union, kerajaan Inggreis bercita – cita untuk menguasai sepenuhnya pentadbiran di seluruh Tanah Melayu demi kepentingan politik, ekonomi, dan sosial. Hasrat ini akan tercapai sekiranya Negeri – negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu sistem pentadbiran. Dalam hal ini, Inggeris berusaha untuk mendapatkan penyertaan Negeri – negeri Melayu Tidak Bersekutu melalui penubuhan Malayan Union. Tambahan pula, Tanah Melayu mempunyai potensi ekonomi yang boleh menguntungkan Inggeris. Oleh itu, Inggeris bimbang dengan kekayaan yang dimiliki oleh Tanah Melayu akan diambil alih oleh kuasa luar dan penduduk tempatan khususnya para pembesar di Tanah Melayu. Tambahan pula, sekiranya Negeri – negeri Melayu digabungkan, lebih mudah Inggeris mengeksploitasikan kekayaan yang sedia ada.
Ssebab yang kedua ialah Inggeris ingin membentuk pentadbiran yang lebih cekap dan stabil. Sebelum tahun 1941, Tanah Melayu mempunyai tiga unit pentadbiran iaitu Negeri – negeri Selat, Negeri – negeri Bersekutu, dan Negeri – negeri Tidak Bersekutu. Melalui penubuhan Malayan Union, ketiga – tiga unit pentadbiraan ini akan diletakkan di bawah satu pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor. Pentadbiran ini bukan sahaja dapat mejimatkan kos pentadbiran, malah perlaksanaan pentadbiran di seluruh negeri menjadi lebih mantap dan stabil. Di samping itu, pentadbiran ini dianggap lebih mengukuhkan pertahanan Inggeris sekiranya berlaku peperangan. Melalui penyatuan ini, kestabilan politik di Negeri – negeri Melayu ternyata lebih terjamin. Pemulihan keamanan perlu bagi menyelamatkan ekonomi Tanah Melayu yang dapat menarik pelabur asing untuk memajukan ekonomi di Tanah Melayu.
Selain itu, sebab penubuhan Malayan Union ialah untuk menyeragamkan pentadbiran di Tanah Melayu. Kewujudan tiga unit pentadbiran di Tanah Melayu telah menghalang usaha menyeragamkan pemerintahan dan menyelaraskan pertahanan di seluruh negara. Ia bukan sahaja menyukarkan pentadbiran, malah menelan perbelanjaan yang amat besar dalam pentadbiran. Justeru, langkah menyatukan tiga unit pentabiran ini akan dapat melicinkan dan menyeragamkan pentadbiran seluruh Tanah Melayu.
Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri juga adalah salah satu sebab mengapa Malayan Union diwujudkan. Berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Britain, Amerika Syarikat, dan pengumuman Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu Ogos 1941, Britain bersetuju memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya termasuklah Tanah Melayu setelah Perang Dunnia Kedua tamat. Sehubungan itu, sebelum kemerdekaan diberi, adalah perlu kerajaan Inggeris menyatukan negeri – negeri di Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum mewujudkan kesedaran kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu dalam usaha meneyediakan mereka ke arah berkerajaan sendiri.
Sebab yang seterusnya ialah pemberian kewarganegaraan. Kerajaan Inggeris merasakan kesan negatif yang timbul akibat dasar diskriminasi antara kaum melayu dengan bukan melayu. Bagi mengatasi masalah ini, soal hak kerakyatan perlulah diseragamkan. Semasa pendudukan Jepun, sebahagian besar daripada orang melayu adalah pro – Jepun dengan memberi sokongan dan kerjasama dengan tentera Jepun untuk menenteng Inggeris, manakala orang Cina dan India kurang memberikan sokongan kepada Jepun. Lantaran itu, Malayan Union ditubuhkan sebagai ‘membalas jasa’ orang – orang Cina yang menentang Jepun melalui pemberian hak kewarganegaraan yang sama sebagaimana yang diperoleh oleh orang – orang melayu. Di samping itu, Inggeris juga bercadang memberikan taraf kerakyatan kepada orang Cina dan India untuk memastikan peranan mereka dalam pembangunan ekonomi dan menanamkan taat setia dan cintakan Tanah Melayu.


MALAYAN UNION
Kerajaan Inggeris telah mengahantar Sir Harold MacMichael sebagai wakilnya ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan daripada Raja – raja di Negeri – negeri Melayu yang menjadi syarat utama bagi penubuhan Malayan Union. Harold dalam laporannya menyatakan tujuan kedatangan beliau dan rombongannya adalah untuk mendapatkan persetujuan rasmi Raja – raja Melayu ke atas satu perjanjian yang memberi Tanah Melayu ‘taraf kemerdekaan dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel’ .Setibanya di Tanah Melayu pada 12 Oktober 1945, beliau bersama rombongannya terus menemui Raja – raja Melayu secara tergesa – gesa tanpa memberi peluang kepada semua Sultan untuk memikir dan mengkaji serta membincangkan butir – butir perlembagaan Malayan Uniaon dengan pembesar dan Majlis Mesyuarat Negeri masing – masing. Tambahan pula, Harold MacMichael telah bertindak secara agresif dengan mamaksa Raja – raja Melayu menurunkan tandatangan.
Selain itu, beliau juga mengugut akan melucutkan jawatan Sultan dengan alasan semua Sultan telah bersubahat dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua bagi menentang Inggeris di Tanah Melayu. Dalam hal ini, Sultan tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menyatakan persetujuan mereka terhadap penubuhan Gagasan Malayan Union. Hal ini bermakna, usaha MacMichael telah membuahkan kejayaan tanpa sebarang kesukaran.
Sesungguhnya, Sultan Johor merupakan sultan yang mula – mula menandatangani Perlembagaan Malayan Union. Beliau mengetahui bahawa Sultan Johor merupakan Sultan yang paling kanan, diikuti oleh Sultan Selangor, Sultan Pahang, Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Perak, Sultan Kedah, Raja Perlis, Sultan Kelantan, dan Sultan Terengganu. Hasil persetujuaan Raja – raja Melayu telah dikemukakan oleh Sir Harorld MacMichael kepada Kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris telah meluluskan Perlembagaan Malayan Union dan mewartakannya sebagai ‘Kertas Putih’ pada 22 Januari 1946 serta dikuatkuasakan pada 1 April 1946.
Dalam membuat persediaan melaksanakan rancangan Malayan Union, kerajaan British mengarahkan Timbalan Ketua Pegawai Hal – Ehwal Awam BMA, Harold C. Wilan membuat tinjauan tentang kesetiaan Raja – raja Melayu terhadap kerajaan British. Di bawah pemerintahan BMA, British telah menurunkan takhta beberapa orang raja yang dilantik semasa pendudukan Jepun atas tuduhan bersubahat dengan Jepun.
Walaupun kerajaan British menyedari kelemahan yang ada pada Malayan Union, tetapi mereka tetap meneruskan cadangan itu bertujuan untuk menyatukan negeri – negeri Melayu. Matlamat utama kerajaan British adalah menjadikan penduduk tempatan dan orang asing sama rata sebagai rakyat Tanah Melayuyang di kenali dengan nama ‘Malayan’. Kerajaan British yakin bahawa mereka mampu mentadbir dengan baik di bawah satu pemerintahan baru kerana kuasa tertinggi berada di tangan mereka. Bagi memastikan rancangan ini berjaya, kerajaan British telah menghantar Sir Harold MacMichael ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan daripada Raja – raja Melayu. Namun begitu, tindakan Sir Harold memaksa Raja – raja Melayu untuk menandatangani perjanjian menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Raja – raja Melayu. Akibat kekecohan ini, ramai yang berpendapat bahawa MacMichael menggunakan budi bicaranya sendiri, tanpa merujuk kepada kerajaan British terlebih dahulu.




 





           
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan