Ahad, 10 April 2011

KHISWA 1 MALAYSIA...PROGRAM TERAKHIR KU D UPSI

AS SALAM...DAN SALAM SEJAHTERA...Alhamdulillah...Khiswa 1 Malaysia telah melabuhkan tirainya tengah hari tadi. Untuk pengetahuan, Khiswa 1 Malaysia telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula pada 8 April hingga 10 April 2011. Saya selaku peserta khiswa amat bersyukur kepada Allah swt kerana telah melancarkan pergerakan program khiswa di SK Kampung Kenang, Sg. Siput, Perak. 

Hari ini, saya nak cerita sedikit pengalaman saya semasa menjadi peserta khiswa. Banyak pengalaman, kenangan manis dan pahit yang saya dapat sepanjang mengikuti program khiswa. Pada hari pertama, kami sampai di sk kpg kenang pada jam 6.00 ptg dan di beri taklimat oleh staf sekolah berkenaan. sejak hari pertama hingga hari terakhir di sana, masalah yang amat sukar bagi saya ialah air. Hari pertama dah tak ada air. Memang payah kalau tak ada air sebab nak buang air besar, nak mandi, dan yang penting nak ambil wuduk pun susah. TETAPI bagi saya ini semua pengalaman yang best. Sepanjang ketiadaan  air, kami mandi kat sungai. Air sungai pun sangat bersih, cantik, sejuk dan best. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, hari pertama saya dan peserta yang lain tak mandi sebab tak ada air. Kami sampai petang, jadi kalau nak mandi kat sungai memang dah tak dibenarkan sebab hari dah gelap. Hah...bila dah tak mandi, badan melekit, kepala gatal...aduhhh...payah nak lelapkan mata.

Esoknya pula (Sabtu) LDK bermula. Banyak modul telah dibuat oleh kawan kami dari program kaunseling iaitu geng-geng Adib. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada Adib and the geng sebab membantu kami dalam persediaan modul untuk program khiswa. Selain itu, pada hari itu juga semua peserta telah membuat persedian untuk malam kebudayaan. Peserta Khiswa membuat persembahan dikir barat, terima kasih kepada Azman kerana telah memberi tunjuk ajar dalam dikir barat, persembahan joget lambak, terima kasih kepada Datu Sabri and the geng, dan semua peserta yang memberi kerjasama pada malam kebudayaan. Selain itu, pada malam kebudayaan ini juga murid dari sk kpg kenang turut membuat persediaan untuk malam kebudayaan. Alhamdulillah...malam kebudayaan telah berjalan dengan lancar.

Ahad merupakan hari terakhir kami berada di sk kpg kenang. Hari ini merupakan hari yang sangat sukar bagi saya, dan mungkin sukar bagi peserta khiswa, dan murid sk kpg kenang kerana kami terpaksa berpisah dengan mereka untuk seketika. Tapi, sebelum itu, saya nak cerita sedikit pasal aktiviti di sebelah pagi. Di sebelah pagi, aktiviti pertama yang kami lakukan ialah sukaneka bersama pelajar dan penduduk kampung. Selesai sahaja sukaneka, aktiviti yang seterusnya pula ialah futsal. Futsal disertai oleh penduduk kampung kenang (lelaki dan perempuan) melawan peserta dari SRNUPSI. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi....ni haaaaaa...saya nak cerita.... Begini, pagi tadi saya bersama En. Abu, pemandu UPSI, bersama PPM sk kpg kenang, Aizat dan saya pergi ke kebun durian. Wowwwww...best sangat-sangat sebab boleh makan durian. Ini lah kali pertama makan durian untuk tahun 2011 hehehehehe...makan free pula tu. Pak Cik yang jual durian tu memang baik...bagi kami makan free...lepas tu dia jual dengan harga yang pa;lng murah dekat kami...hehehehe...terima kasih banyak-banyak dekat pak cik durian sebab bagi kami makan free, dan bagi harga yang paling murah dekat kami.

Tepat jam 11.30 pagi, majlis penutupan pun bermula. Dalam majlis ini pemenang untuk aktiviti hari ini mendapat hadiah masing-masing. Tamat sahaja majlis penutupan, semua peserta menjamu selera. Sebelum kami berangkat pulang ke UPSI, semua peserta Khiswa sempat beramah mesra bersama pelajar sk kpg kenang. Ini merupakan saat paling menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Kenangan bersama anda sudah pasti tidak akan dilupakan. dan harapan kami kepada pelajar sk kpg kenang agar anda belajar bersungguh-sungguh, dan sentiasa pergi ke sekolah agar anda boleh merubah hidup anda suatu hari nanti...Insya-Allah. Sebelum berangkat pulang ke UPSI, kami sempat mandi di sungai yang berhampiran. Airya sangat sejuk, jernih dan nyaman. Jadi, kepada kawan-kawanku...ingat sama-sama kenangan kita di sk kpg kenang

Sebelum menamatkan coretan untuk hari ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk membuat program khidmat siswa 1 malaysia di sk kpg kenaang. Selain itu, saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah program, Ina Iryanti kerana telah memilih kami untuk menjadi peserta dalam program ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK dan peserta khiswa kerana telah berusaha untuk menjadikan program ini berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih kepada pelajar sk kpg kenang kerana senantiasa memberi komitmen sepanjang program ini berjalan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mana-maa pihak yang terlibat secara langsung, dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

Tidak lupa kepada sahabat yang baru saya kenali seperti Datu Sabri, Adonis, Nik, Aizat, Fadrul, Azfar, Farhan, Frad dan yang lainnya, saya selaku timbalan pengarah program 2 mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi peserta di saat akhir. Walaupun sebelum ini kita tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi dalam program khiswa ini kita mengenali hati budi masing-masing. Semoga anda senantiasa menyokong SRNUPSI. Kepada Datu Sabri, terima kasih banyak-banyak kerana telah membuatkan kami ketawa dan menghilangkan tekanan dalam diri kami dengan telatah Datu. Kepada Adonis...10-Q sebab selalu menjadi teman saya untuk ke mana sahaja terutama semasa mandi hehehehe... Semoga kenangan bersama anda akan menjadi ingatan bersama. Kepada Datu, Adonis, Ina, dan Aty.ingat janji kita...suatu hari nanti saya pasti akan melawat anda di Sabah...hehehehehehe...

Sebelum itu, saya nak menghulurkan sepuluh jari mohon kemaafan kepada semua peserta KHISWA 1 MALAYSIA. Jika saya ada membuat anda terasa hati, membuat anda marah, dan tidak senang dengan saya...saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. Semoga kita jumpa lagi...Insya-Allah.

Sebenarnya, hati ini sangat sedih...pilu bila mengenangkan bahawa program KHIDMAT SISWA 1 MALAYSIA merupakan program yang terakhir bagi saya. Sangat-sangat sedih dan pilu bila mengenang kembali saat suka, dan duka kita bersama sepanjang bersama di SRNUPSI. Semoga suatu hari nanti, jika dipanjangkan umur...kita akan berjumpa lagi, dan saya berharap agar anda akan melakukan yang lebih baik dari kami, dan semoga kita sama-sama menaikkan nama SRNUPSI. Akhir sekali...jika umur  panjang semoga kita jumpa di lain hari...Insya-Allah...Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan