Isnin, 4 April 2011

Praktikum dan Metodologi

AS SALM DAN SALAM SEJAHTERA...tarikh untuk masuk praktikum semakin dekat, exam pun dah nak dekat. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi, exam akan bermula. Semester ini, saya hanya duduk exam sekali sahaja iaitu kertas Sejarah Asia Tenggara Abad ke-20, Datin Prof. Dr. Kobkua. Kalau nak tahu, masuk kelas dia memang best, cuma kdang-kadang apa yang di cakap pun kami tak berapa faham. BTW...semoga semua akan berjalan dengan lancar.

Bercerita tentang exam, timbul pulak cerita semester 8. Semester 8 akan bermula pada awal september 2011. Tapi, semester 8 nanti, kami yang tidak dapat kolej akan duduk kat luar.Maksudnya, kena cari rumah sewa sebab kolej dah tak menerima kami. Kami pun tidak tahu. Mungkin kami tidak aktif di kolej, tapi ada juga yang tidak aktif di kolej pun boleh duduk kolej. Apa-apa pun, selepas ini kami akan cari rumah sewa untuk duduk semester 8 nanti. Adoyaiiii...dah la nak kena cari rumah sewa untuk semester 8, selepas itu kena cari rumah sewa untuk praktikum untuk bulan Mei ni nanti. Praktikum di Port Dickson, budaya dan cara hidup pun kami tidak tahu. Jadi, Insya-Allah...selepas exam kami akan survey ke PD untuk cari rumah sewa. Harap-harap rumah sewa kat PD itu nanti tak jauh sekolah. Bukan apa, kami ni tak ada moto, nak pergi sekolah takut jauh. Harap-harap rumah dekat dengan sekolah.

Haaaaa....hari ini budak-budak yang ambil paper metodologii kajian dalam geografi kena submit assigment hari ini, Isnin, 4 April 2011. Alhamdulillah...semuanya telah diselesaikan. Assigment dah hantar...EDU untuk makro teaching kemahiran geografi sudah siap semuanya. Sekarang get ready nak mengajar sahaja lagi. Insya-Allah...hari rabu, 6 April 2011, malamnya saya akan mengajar di TS4A. Harap-harap budak yang akan di ajar akan ambil perhatian di dalam kelas. Ok lah...setakat ini sahaja dulu kita jumpa nanti...salam....RINDOKKKKKK ATIIIIII...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan